KISAH HARI RAYA

suara takbir memecah keheningan pagi , selepas sahaja azan subuh berkumandang semua orang bergegas bersiap-siap untuk menyambut aidilfitri. pagi tuhh , aku masih belum tidur. mungkin terlalu penad semalaman aku membantu emak didapur. woaa , kalah wanita bujangg. memang dah menjadi tradisi setiap kali menyambut perayaan aku akan sibuk didapur tatkala malam menjelang. biasanya tetengah malam laa , sebab sebelah petang dok siapkan bahan-bahan.

                                      

malam tuhh , aku yang tido lewat. semua masakan dah siap dimasak , tapi aku masih belum tidur masih dok layan laptop masih dok edit-edit gamba. seronok sangat sampai tak sedar azan subuh berkumandang. yang aku perasan , ngam azan subuh berkumandang jeh. mata dah mula rasa ngantuk. aku dah tau , setan dah start bergayut kat atas alis mata aku. aku kuatkan diri melayan karenah setan ni. dorang masih eksaited sebab baru lepas daripada rantai !

rilek-rilek tenang aku bangun bergegas tunaikan perintah Allah. Solat subuh kan penting ! lepas jeh aku solat subuh aku baring sekejap atas katil. ternyata baringan aku membawa kepada satu aktiviti yang menjadi trend bagi semua orang. best ! aku tertidur rupanya.
tetengah syok melayan alam fantasi aku , kedengaran lagu ' Dev - In The Dark ' sikit punya kuat kat sebelah telinga aku. tapi aku sayup-sayup jeh nak bangun hasil penangan 'selimut syaitan' mantapp

semakin lama semakin dahsyat bunyi lagu tuh kedengaran , kalau Dev ade sebelah aku mau dah dilempangnya aku. tak pon dia bangun lantas pijak aku tanpa rasa ragu-ragu. seriuss !
aku bangun terus capai tuala then pergi mandi sebab nak pergi semayang raya. haha ! eksaited weyh ! lepas jeh mandi aku terus cari dalam almari baju melayu aku. haa , sikit punya eksaited aku pakai.

selepas aku bersiap-siap , sekeluarga aku dah menanti untuk menikmati juadah hari raya yang biasa korang makan. ade ayam , daging , ketupat , lemang segala bagai laa. tapi dah menjadi kegemaran aku , ayam masak merah. mantap beb ! seriuss ! tapi pagi tuhh menu ade lain sikit , ade udang sambal ! huwaa , makin sedap pulak santapan hari raya aku.

                                    

selepas selesai makan , aku same semua adek beradik bergegas bersiap nak ke mesjid. solat aidilfitri tepat pukul 0830 pagi aku sampai kul 0820 pagi. kira ade lincah 10 minit laa. aku perhatikan suasana memang sesak ! kereta banyak. biasalaa , raya semua orang balik kampung. yang dari bandaraya semua ke kampung kasi meriah hari raya. berpusu-pusu manusia masuk ke dalam mesjid. aku sampai dengan harapan aku dapat solat sama. rupanya , tiada ruang untuk aku. aku perhatikan ramai lagikk yang berdiri menjadi penunggu setia yang berharap ade solat round kedua. itu semua tinggal harapan jehh. jadi tadi aku ke mesjid hanya dapat dengar khutbah raya , bapak aku pulak merajuk. tak sempat dengar khutbah beliau dah bergegas balik ke rumah. takpe laa , takde rezeki.

tahun depan aku nak daftar jadik imam , datang lewat pon tetap ade saff untuk aku melaksanakan solat sunat aidilfitri. jadi aku tak perlu risau lagik kalau lewat ke mesjid !

P/S : jangan suka melewatkan sesuatu , kerana bila terlewat atau terlepas. nescaya tak akan ade peluang kedua.

INI SEMUA DUGAAN

Macam petang sebelumnya , aku balik kerja dengan menaiki bas. hari nih mungkin aku lewat sikit sebab ade ' advance' sikit duit sama bos. tak banyak tapi cukup la untuk beraya bhai ! keadaan seperti biasa , aku akan berjalan kaki ke bustop untuk menunggu bas balik ke rumah di singapura ni.

                                            

sebenarnya ada lagik satu bas yang menuju jalan yang sama iaitu bas 66. tapi aku tak minat sebab bas tuh satu tingkat , sesak ! kalau sesak amoi aku oke lagekk. ini sesak ngan bangla -.-"

menjadi kebiasaan aku apabila balik , aku tak balik ke rumah terus. biasanya aku jenjalan barang lima enam minit gituh laa. hari nih , aku ke city square mall. haa , jangan ingat kat jb je ade city square , kat singapore pon ade taww !

                                          

disebabkan jam kat tangan aku dah menunjukkan waktu untuk berbuka puasa. aku bercadang nak ke mekdi. kalau korang nak tau , city square nih memang dekat sangat ngan rumah aku kat sini. aku rasa lima hingga seploh minit jalan kaki jeh dah sampai. okeh sambung ! disebab aku teringin nak mekdi sesangat. aku gagahkan diri ke mekdi kat dalam city square niyh.

                                        

agak lame beratur , lapa dahaga kebuluran semua dah berkecimpung dalam perut aku. rileks ! semua akan okay. selepas selesai aku order for take away , aku berjalan untuk pulang kerumah. jalan yang aku lalu , kat bawah tanah salah satu sebab nya negara dorang adalah negara yang 'trust' gegile same traffiq light ! kalau takde gamba greenman memang dorang akan tunggu. kalau langga ? memang kene saman laaa.

                                         
sikit punya maju negara dorang niyh. tetengah aku berjalan , suasana kat dalam kawasan niyh tak berapa elok sebab time-time cenggini orang ramai berpusu-pusu nak balik kerumah , memasing baru balik kerja. amoi-amoi , omputeh , melayu , vietnam , india , hindustan dan ramai lagik yang using jalan niyh sebagai jalan utama. nak cepat laa katekan. macam-macam ragam jugak manusia , yang berpimpin tangan dan berseorangan macam aku.
aku perhatikan , rata-rata dressing dorang tak ubah seperti officer ! errr -.-" aku kuli batak je.
tak pe , aku gagahkan diri aku sampai kat rumah. sedang aku berjalan aku diperhatikan oleh seorang budak kecik anak orang hindustan cakap kat mama dia ' yaha kitana pyara bhai ' wahh ! sikit punya megah aku jalan time tuhh. haha , ehh kejap ! aku lupa nak bagi tau means ayat tuhh. dia cakap sama mak dia , abang tuh sangat comel ! kalau tak caya kau try search kat goggle translate. aku pon bos aku ajar. bos aku niyh baik orangnya , semalam aku cakap nak pinjam duit , langsung dia bagi tanpa banyak cekadak. aku teruskan perjalanan sampai kerumah.

setibanya aku dirumah , aku bukak bungkusan mekdi yang aku beli tadi. aku makan dengan lahapnya. agak lewat aku berbuka puasa ! tetengah aku buka , tetibe pintu bilik aku diketuk orang ! aku keluar melihat , tapi takde sorang pon kat rumah. keadaan semakin pelik aku rasakan. lepas siap makan aku mandi. lepas mandi aku pakai baju kekonon sesiap nak kuar. tapi kali ini kene ketok lagik , yang ni aku buad don't know je. lepastuh ketuk lagik skali !

' sape laa yang main pintu ni ! ' bisik hati aku. tetengah aku pakai perfume adidas kegemaran aku. lagik skali pintu tuh berbunyi. kali nih siap tombol dia pusing , aku dengan pantas bukak kekuda ambik posisi untuk berlawan kalau-kalau orang datang serang hendap !

' sape kat luar ? ' aku bertanya dengan sedikit kerisauan.

' aku laa , ajis ' suara kawan dari bilik sebelah kedengaran.

aku pergi ke pintu untuk membuka. lepas aku buka , ajis menghulurkan sedikit makanan untuk aku makan. aku ucap terima kasih kerana bagi aku makanan sambil senyum. ajis masuk ke bilik dia mungkin untuk berbuka puasa atau untuk bersiap-siap pergi mandi. aku pun dah siap nak keluar rumahh. tetengah aku lock pintu bilik aku , ajis pon keluar. nampak gaya macam nak pergi mandi.

' ehh , bebudak mane ? ' tegur ajis sambil berjalan menuju ke bilik air.

' semua balik , cuti raya ! ' jawab aku sedikit geram.

' kau ? ' tanya dia lagik sambil menjerit dalam bilik air.

tanpa banyak kata , aku berambus meninggalkan rumah untuk pergi ke cybercafe. aku baru perasan , malam nih aku tidur sorang-sorang ! esok petang baru aku balik cuti raya. tengs ! bos aku tak bagi cuti sebenarnya tapi ? aku tetap nak cuti. Hari Raya tanpa keluarga tiada makna geng !

- dikesempatan ini aku Mohd Fikir Bin Mohd Arfhan ingin memohon jutaan ampun dan maaf sekiranya pernah terlebih gurau , tak layan , sombong , termaki dan segala salahlaku lagik aku mintak maaf. manusia mane pernah tak buat salah ! anyway , aku nak ucap Selamat Hari Raya 1433H minal aidil wal faa izin. mintak maaf zahir dan batin 

AKU DAN CITA-CITA

zasss ! sekejap sahaja aku dah melangkah ke alam dewase. dari kecik dulu aku hanya insan yang pandai menangis dan ketawa. bila dah besa sikit aku dah boleh merangkak dan boleh kunyah , gigi belum tumbuh tapi semua bende yang aku capai aku nak kunyah -.-" naik lagik satu step , aku dah boleh jalan. bukan main jinjit-jinjit lagik berjalan , ade la jatuh-jatuh. maklum baru nak belajar. naik lagik , dah boleh lari , time nih dah degil sikit. penad makayah aku dok kejar aku. sikit punye degil. hahaha , sekarang dah boleh berfikiran secara matangg.
pap ! tibe-tibe aku dapat rasa aura pelik -.-"

                                 

zass , aku tepuk nyamuk tuhh sampai bertempiaran darah aku ! okayy , lagik better daripada aku derma darah. bukan ape , aku fobia dengan jarum suntik ! seriously.

                                           ****************************          
       
okayy , masuk bab tadik. nyamuk tuhh sengaja plakk nak masuk dalam cerita aku ! commercial break kate dia. damn ! okayy , daripada darjah satu cikgu selalu tanya kat kita. kita dah besa nak jadik ape. ye dakk ? kita diberi peluang untuk memilih tiga. okayy , tiga sahaja jangan lelebih ! kang tak cukup ruang cikgu nak isi dalam rekod penilaian pelajar sekolah rendah. semasa sang guru bertanya nak jadik ape , aku dengan pantas menjawab askar , chef dan polis. memang laju jekk jawab ! tanpa perlu ade sifat ragu-ragu walau secebis pon.

kalau dulu aku nak jadik askar sebab badan dorang tegap , taff lepastuh diorang nih kuad. nampak gaya pon segak , yang pasti bila aku keluar rumah tanpa pakai baju askar memang akan kelihatan gagah perkasa ! sumpah !

                               

itu salah satu daripada mereka sikit punya gagah kelihatan. pakaian pun dah nampak ade displin. sebenarnya aku paling minat jadik askar sebab badan dorang besar. aku dulu teringin nak gemuk sikit. tapi makan banyak-banyak tetap jugak macam gini ! sampai laa satu masa , kerajaan malaysia panggil aku untuk masuk program latihan khidmat negara. latihan separuh askar , tade laa susah dan berat sangat. best beb ! lepas abis PLKN aku ade apply nak jadik askar , tawaran diterima oleh kerajaan malaysia. tapi , cita-cita aku terhalang oleh orang tua. sayup tak sayup aku redha ! ciss T.T

kemudian aku teruskan kehidupan seperti biasa ! aku pun jugak teringin nak jadik polis. ini semua angkara rancangan televisyen yang cukup popular pada zaman tuhh membuatkan nafsu aku nak jadik polis makin membara.

                                             

cerita dia memang best ! aku suka nak jadik polis pulak sebab bila aku keluar semua orang tau bahawa aku adalah seorang polis. ituh jehh , lastly aku kuburkan niat aku nak jadik polis. salah satu sebab aku kuburkan , aku ade apply jugak nak jadik polis , tetengah isik borang kawan aku cakap dia tak lepas sebab kurang ketinggian ! okehh , aku terus buang borang tuhh. makin hampa terasa !

aku semakin malas nak kejar cita-cita aku , aku dah mengaku kalah sekejap. aku pegi carik keje , dapat laa keje sebagai pembantu bahagian dapur. lepak sikit laa kerja , tapi tak pe. still kat dapur ! salah satu sebab aku minat nak jadik cheff , aku nak jadik macam cheff wan ! korang bayangkan lelaki pandai masak ? sikit punya sweet kan ? silap haribulan isteri cakap , abang masak ayang basuh kereta..cat rumah..urus anak..wiring..bla..bla..bla..
tapi aku fikir balik , okayy tak bagus. lelaki adalah orang yang kene pikul tanggungjawab besar sebagai ketua keluarga. bila wanita yang buat kerja nih , kemane kekuatan lelaki ? setakat jadik satu kelebihan jehh.

bila aku fikir balik semua adalah salah aku jugak , tanak belaja bagus-bagus. tak pe laa , aku turut saja kata ayah aku. mungkin ade something yang aku kene belajar ! tak sekarang , akan datangg. mane ade makayah yang nak tengok anak dia susah ?

                                    ***************************

tahun duaribudoblas dah menjelma , semakin hari diri aku semakin dimamah usia. dari budak-budak menjadi remaja. dari remaja menjadi dewasa selangkah demi selangkah aku bergerak , syukur alhamdulillah. satu persatu aku belajar. Daripada seorang technician kilang , menjadi assistant cheff. dari malaysia sampai ke perantaun. semua berlaku sekali imbas dan tak ada ulang tayang macam perlawanan bola sepak mahupun sukan sea yang aku rasa banyak part yang diulang-ulang supaya orang nampak !

daripada sekolah rendah semua orang tau kalau aku budak yang sangat degil. tak dengar cakap , kaki sebat , kaki buat masalah. senang citer memang pelajar yang tak berdisplin. aku pun tak tau ape sebab. semua tak boleh nak di undurkan balik. selepas tamat aku menjalani sijil pelajaran malaysia pada tahun 2007 aku mula mengorak langkah mengejar cita-cita yang aku tau tak akan pernah aku dapat kecapi. ia sekadar sebuah mimpi ! aku ditawarkan untuk menjalani program latihan khidmat negara pada tahun 2008 sempat jugak aku kerja. walaupon sekejap orang kata , merasa jugak laa.

tahun 2008 sebuah cerita bermula dari program latihan khidmat negara , sebenarnya aku tak suka nak masuk sini. bencik k bencik ! aku tak suka kene kongkong , paling best ' aku susah nak bangun pepagi ' lepastuh kene duduk berjauhan dengan keluarga. seriously aku memang tak boleh ! sebak gengg ! hari pertama aku dihantar ke PLKN aku dah boleh agak , disitu akan bermula kehidupan aku sebagai pelatih dalam 'penjara' negara. masa pemeriksaan kesihatan pun dah berbagai cara aku kalis supaya aku dikecualikan daripada program haram nih. bagi aku PLKN tak best , memenadkan dan paling aku tak suka hidup dalam penjara. damn ouhh damn !

hari pertama pendaftaran PLKN , askar-askar melayan aku dan semua orang macam pendatang ! dari situ ketidaksukaan aku kepada PLKN makin membuak. hari pertama perkenalan aku dengan kawan-kawan membuat aku kene terima bende nihh walaupon aku benci ! aku kenal dengan kawan baik aku , syed muhammad akasyah. dia budak best , selalu sokong aku , kepale pon same jugak macam aku. lepastuh baru aku kenal yang lain ! hari pertama memang tak best , hari kedua , hari ketiga sampai hari ketujuh aku dah boleh rasa memang cilake ! tapi segalanya berubah pada hari kelapan..

                                ****************************      
         
hari kelapan , perkenalan aku bersama rakan-rakan membuatkan aku semakin hanyut dengan akitiviti yang sedikit membosankan tapi fun. aku kene pergi kelas , masuk hutan , macam-macam jugak yang di ajar kat dalam plkn supaya aku boleh berdikari. dari persahabatan kitorang menjadi keluarga. daripada keluarga baru lah kitorang semua diterapkan ilmu untuk menghargai institusi keluarga. yek laa , kat dalam korang just ade kawan. Dia adek , dia abang , dia akak , dia emak dan dia ayah ! everything laa , senang kata mereka penting kat dalam. Bukan tuhh ajeh , dalam kelas pertama yang kitorang belajar adalah kelas CB. korang tak tau kan ape means dia ? okayy , cb tuhh kelas membina karakter. sebab dia jadik ringkas tuhh ayat bahasa inggeris ' character building ' easy and simple. dalam kelas CB tuhh kita di ajar untuk membina karakter kita sendiri , aku di ajar untuk jadik diri sendiri. kalau rasa jahat , jadik jahat. kalau rasa baik jadik baik. dorang tak marah. memula rasa memang macam bodoh sikit laa. tapi lelame , dah seronok :)

step kedua , kenegaraan. kelas kenegaraan nih merupakan kelas yang seronok daripada korang boleh belaja banyak pasal malaysia. adat istiadat , budaya , agama , cara pemakanan dan jenis-jenis kaum. senang kata semua bab patriotik laa ! semua aku jalani dengan penuh suka duka. memang best laa pada akhirnya pada aku. dulu bagi aku PLKN tuhh cilake , tak best , menyeksa ! tapi lepas menjalani semua aku dapat belajar dan tangkap bahawa PLKN itu sangat fun ! seriously. Yang paling rare , yang tegur mak ayah aku semua kaum hawa jehh. tuhh yang mak ayah aku nampak pasal plkn. lepas tamat program tuhh , kebiasaan aku masa kat dalam kem tuhh terbawak-bawak sampai kerumah. bapak ahh !
seminggu pertama memang sedikit annoying laa ,tapi fun dia memang terasa !

selepas dari pada program tuhh , sedikit sebanyak rona-rona kehidupan aku semakin berubah , plkn dah banyak ubah pemikiran aku , perangai aku , dan ketrampilan aku. semakin hari kehidupan aku bertambah matangg. aku dah boleh berfikir , ape sebab mak ayah aku buat cenggini kat aku. dulu aku rasa kalau mak ayah buat cenggini memang mengongkong. tapi lastly tuhan bagi aku hidayah dan kematangan. Aku ditawarkan ke macam-macam institusi pengajian tinggi swasta untuk aku sambung belajar. tapi semua mak ayah aku cakap , tak payah ! jauh ! mungkin tuhh adalah alasan untuk membuat aku gagal ? aku redha dan pasrah jek masuk pusat kemahiran. lepastuh keluar jadik technician dekat lam soon edible oils. daripada sini nasihat orang lama , nasihat orang biasa , nasihat bos-bos semua dah boleh masuk dan boleh aku fikirkan balik kalau aku tak laksanakan sampailah 2tahun setengah. gaji aku memang sedikit kecik laa masa aku jadi technician niyh. cukup-cukup makan jeh ! lepastuh aku pergi kerja kat luar negara , singapore. aku ditawarkan menjadi asst. chef selangkah kepada cita-cita aku bergelar cheff ! semakin di mamah usia aku semakin berfikiran dewasa dan aku sedar bahawa cita-cita kita semua adalah sama , nak jadik orang yang berguna dan bermanfaat kepada diri sendiri , orang lain dan keluarga.

satu petikan yang aku pernah baca dia tulis.

' bila sampai masa nanti , kita akan tahu erti sebenar kehidupan '

sejak daripada tuhh aku tukar cita-cita aku. aku nak tengok mak ayah aku bahagia kerana aku dapat buat mereka bangga , kalau nak balas jasa memang tak terbalas walaupun nyawa kita gadaikan. percaya la , bila korang dah faham cecepat laa sedar ! jangan nanty menyesal tak sudah.

seperti kata Dr Fadzillah Kamsah :

renung-renungkan dan selamat beramal.

*************************************

KISAH BULAN PUASA

pejam celik , pejam celik Ramadha tahun nih dah nak sampai pada penghujungnyaa. sekelip mata jeh masa berlalu , dan bersyukur aku still dapat menyambut ramadhan walaupon bukan dengan keluarga , tapi aku yakin aku masih mampu menjalani nya dengan tabah dan ikhlas. wahh ! bila bulan puasa ramai peniaga-peniaga yang ambik peluang untuk meniaga dan menjual juadah berbuka pada setiap hari. bulan ramadhan niyh memang sumber rezeki laa senang kata. bukan setakat peniaga-peniaga kecik jehh , malah peniaga-peniaga besar turut sama serta menjual juadah bukan puasa. iaitu baju raya ! penuh ! murah dan berbaloi.

bila dah masuk minggu kedua bahang hari raya makin giat terasa dimana orang ramai akn bersiap sedia nak menyambut hari raya yang bakal tiba. pelita pulak dah terpampang kat sekitar rumah.

         


bila waktu tengah hari emak-emak dan anak-anak perempuan semua sebuk ke dapur membuat beskut raya !
bukan tuh saje persiapan yang di lakukan , malah ade diantara mereka ade jugak yang sibuk dengan mengecat rumah , memasang langsir dan kusyen dan jugak memasang niat nak masak ketupat. ape motif ? awal lagekk nak masak ketupat !

okehh , itu cuma niat ! jangan salah faham.

                                        *************************************
      
tahun nehh , umur aku dah mencecah 22 tahun , kira cincai kawan-kawan dah 22 tahun aku menjalani ibadah puasa. dari hari pertama sampai laa hari nih banyak perkara-perkara yang pelik yang dah aku alami sepanjang puasa. biasanya bulan puasa orang ramai akan bangun pagi-pagi untuk bersahur , lepas sahur bantai tidur. yang bangun solat pun ade , lepas solat tidur balik. lepastuh pagi sedar dah kul 1030 pagi perut lapa. terus ke dapur bukak tudung saji sambil tuh hati terlintas sesuatu ,

"..nyesal aku tak makan banyak pagi tadi " sambil buat muka lapa

tuhh semua aku dah penah buat.korang pon mesty penah buat macam gituhh kan ? ade pulak yang sedar awal sikit , tuh pun sebab kene pergi kerja ataupun kene pergi sekolah. err ,  geram jehh. tapi takpe , puasa tuhh kene tahan semua. lapa dan sabar. kira fair laa .

tragedi bulan ramadhan tahu duaribusembilan masih terngiang-ngiang di fikiran aku. zaman nihh aku baru kenal kawan-kawan '76' senang kate baru 1st time laa puasa sama dorang. semua muka penad bagai , tapi ade jugak diantara mereka yang makan tanpa ade ragu-ragu. mungkin aku pun pernah menyertai kempen ini. haha :D bukan ape , kalau jumpa dorang puasa tuhh kadang-kadang dijadikan taruhan untuk menarik nafsu nak makan. makan megi , rokok dah sangat sinonim dah dengan mereka. bukan sekali , berkali-kali barangkali -.-" lepas berbuka (tetengah hari) kitorang pakat ramai-ramai pegi cyberkafe ngentam counter-strike sebelum berbuka puasa. tapi tak semua layan sampai petang ade yang kene balik awal sebab kene tolong ayah bukak kedai menjual kuihmuih.

satu hari tuhh , suasana sunyi dan angin pulak bertiup seperti tak mahu meniup. panas dan bahang pon ade , kalau di ikotkan hati memang dah ke seveneleven dah beli roti ngan air soya. kompem hilang dahaga , tapi risiko kene tangkap dengan jawi memang tinggi. nak ta nak kitorang tahan jehh sampai petangg. sebelum petang tiba , datang sorang rakan nih naik motosikal ego s dia. okehh nama dia afiq. dia pun tak puasa sama , di pendekkan cerita dia support kitorang makan walaupon berkongsi ia sangat berbaloi :D tapi yang ade mase tuh cuma 4-5 orang jehh , takpela pakat share-share pon tak kesah.

pergi laa si naga (kawan baik afiq) ke kedai mamak , tapi ikot pintu belakang. sementara menunggu naga balik , apek bersama kembaranya datang membawakan sekeping harapan. ia cuma harapan , nak ajak buka puasa sama-sama. niat jahat kene teruskan , dan kali nih kitorang dah mengatur niat lain. tengah-tengah discuss , naga datang melemparkan senyuman sambil menayangkan beberapa bungkus polisterin di atas motor. si apek yang terlihat langsung terkedu dan diwajahnya nampak kalau beliau sedang kompius ! seribulapasbelasratus juta persoalan timbul tak semena-mena ! mungkin dia dah terpengaruh -.-"

baru jeh kami nak menikmati hidangan , apek mintak izin pulangg. nak pergi tolong ayahnya bukak bazar. entah macamane tetibe bebudak boleh terniat nak tumpang makan kat rumah dia ! dia pon bersetuju tanpa ragu-ragu. sepanjang perjalanan kami melihat sekeliling , taku-takut kalau ade jabatan agama islam , kene tangkap. tak pasal-pasal. setibanya dirumah apek , naga yang membawa makanan masih tak sampai lagik . kemane ekk ? sedang kami menunggu dalam beberapa minit naga muncul seperti seorang musafir yang haus dipadang pasir ! dari mimik muka dia , dia sedang ketakutan. ape dah jadik ? terlintas dibenak masing-masing soklan sebegini.

'.. kau kenape ..' tanya afiq sepertinya gusar dengan keadaan sahabat baiknya !

'.. aku eksident tadi..' jawab naga seolah-olah meyakinkan.

'.. macamane boleh eksident ..' satu soklan yang menjanjikan sekeping pelempang ditanya oleh afiq.

'..aku keluar simpang , lepastuh terlanggar kereta wira..' kata naga penuh keyakinan.

'.. abistuhh dia marah tak ?..' tanya afiq lagekk , aku yang dah lapa terasa nak kasik sebuah penumbuk dimuka dorang. boleh pulak berbual gampang time-time macamnih.

'..dia marah jugak , tapi aku dah cakap sorry !..' jawab naga.

'..dah tuh ?..' soal afiq lagikk semakin marak perbualan mereka , afiq niyh tuan moto. dia takut kalau yang di langga tuh menuntut gantirugi or what. dia bukan ade lesen pon.

'..dia mengalan aku , dia nampak aku bawak makanan lepastuh selamba jeh dia cakap kat aku ; dah la tak puasa !..' terang naga.

'..brader tuhh pon tak puasa dia hisap rokok !..lagik selambe !..' terangnya lagik.

selepas sesi soaljawab selesai semua makan sambil ketawe. kat situ kepandaian terserlah ! naga yang kantoi tak puasa. kitorang , tak kantoi kalau tak puasa ! haha.

bijak kan ? hahahaha !

                                                    
                      

* tengs to idea : Syafiqah Safirah :)

SPONGEBOB & MISTERI

Pada tahun duaributujuh , kartun spongebob sudah mula menjadi kartun terhangat dipasaran dan dimata bebudak zaman tuhh. aku turut tergolong dalam reramai bebudak tuhh. dari sekecik-kecik budak sampai setua-tua orang , ramai yang dah kenal spongebob. kartun yang dulu dorang tengok serupa macam manusia tapi dijadikan bentuk animasi kepada animasi kartun tapi spongebob pulak hidupan laut yang ade perasaan. ntah laa , aku kalau takat nak pakai hembus memang pro laa. kalau nak kaji memang lame sikit sebab belum dapat lagik sijil pengkaji kartun dan animasi. haha !

hasil daripada kartun-kartun nihh jugak , banyak syarikat pengeluar baju ambik kesempatan untuk keluarkan baju yang ade gamba kartun macam ginih. paling tiptop dan senang nak dapat ! harga pon berpatutan , kira cincai kalau mak bapak belikan untuk anak tak rugi sangat laa. bermacam-macam gaya dan bentuk ada. bukan takat satu kartun jehh , tapi semua kartun ade. time nehh , penjual-penjual baju pon dapat jugak mengaut sedikit sebanyak keuntungan. nampak kan ?
   
           

fenomena kartun spongebob nihh semakin digilai ramai termasuk lah aku dan rakan sekolah aku. setiap hari akan ade topik pasal spongebob yang jadik story kitorang. sape yang tak tengok time tuhh kompem tak dapat join kitorang. memang best ! seakan bestnya adalah salah sorang kawan aku yang jadik squidward ! haha , korang kenal tak ?



haa , imej kat atas nihh memang jadik bahan tarikan untuk kitorang bahan kawan aku. daripada bentuk hidung memang sama. lembut ? okayy , membe aku tuhh keras. selain daripada tuh , kitorang pon suka gelak time-time cekgu tak ade kat dalam kelas. entah macamane punye cerita tetibe boleh wujud imej squidward kat dalam buku.

jenis kitorang memang student terbaik seluruh negara laa , dimana kitorang akan bawak buku lebih sehelai untuk dijadikan bahan kutukan. teknik kutukan adalah seperti melukis gamba dan letak nama kawan. nasib laa kalau kau kene jadik bahan time tuhh. nak di pendekkan cerita buku tuhh penuh beli lagik buku baru. sikit punya cilake membe-membe aku. yang terbaik , aku selalu wujud dalam watak tuhh. mentang-mentang laa aku tak pandai sangat nak lukis. jadik aku pasrah jek laa. nasib badan !

tapi ade sorang kawan yang selalu membantu , dia lukis lepastuh aku buat text. memang tuh laa kerja harian kitorang. kekadang cekgu duduk mengajar pon kitorang tak belaja stil bahan-membahan antara satu sama lain. ade pulak kawan aku nihh seorang yang sangat tak ada rupa -.-" beliau suka tidur kat dalam kelas. satu hari tuh dia tidur dan kitorang conteng mata dia. korang dapat bayangkan orang berkelip tapi mata tetap nampak macam tak kelip ? okehh , sambil dia tutup mata ade mata palsu hasil lukisan meon ngan amir. mengekek kitorang ketawe kalau tengok dia nihh. tapi kalau bab komputer , toksah kau nak ajar dia. silap haribulan komputer atau laptop korang bole hangg kalau dia nak buat. kira dia neh celik IT laa senang kata.
     
                     

satu hari tuhh , kelas pendidikan seni yang diajar oleh Puan Maria di ajar didalam kelas seperti biasa. ape sebab dan motif nya aku pun tak tau , biasanya kitorang akan ke bilik seni untuk belajar seni kat sana. tapi hari tuhh lain sikit. Tepat pada masanya , Puan Maria masuk dalam keadaan yang tak berapa nak baik. mungkin jugak badmood , entah laa. dia datang mengajar walaupun daripada muka nya dah nampak angin tak baik dia. tapi kitorang tetap take fun walaupun cekgu tengah marah. kerja-kerja seni di olah seperti biasa oleh pelajar. habis satu kelas dia pusing semata-mata nak tengok hasil seni pelajar kelas tersebut. entah macamane dia boleh berniat nak pandang satu sosok almari buruk yang ade kat belakang kelas kitorang. dalam tuhh penuh dengan sampah jeh padahal ! dia belek-belek abis almari tuhh sampai laa dia terpandang sebuah lukisan karya anak muridnya sendiri iaitu gamba spongebob. dan kat gamba spongebob tuh jugak beliau ade nampak kalau nama aku yang terpampang kat situ. dengan tak semena-mena nama aku di panggil.
sightburn aku ditarik dalam masa yang sama dia bertanya kepada aku.

" kenape awak lukis gamba awak kat sini " getus beliau yang sedang marah ! seakan marahnya beliau kelas tetibe jadik bahangg.

" saya mana tau , bukan saya lukis " aku mempertahankan diri sambil menahan kesakitan yang teramat bila sightburn aku ditarik dengan penuh kegeraman. aku insaf..

" jangan tipu saya ! " semakin marak api kemarahan beliau kepada aku.

aku terdiam seribu bahasa. dihati terlintas , siapa yang nak kutuk diri sendiri ? selepas tamat kelas , kawan-kawan aku ketawe. aku pun turut sama ketawa walaupun dalam hati aku terdetik satu soalan pelik.

ape motif dan modus operandi beliau buat macam gituhh ? ade ke orang yang akan lukis dan kutuk diri sendiri yang serupa dengan spongebob ? sampai hari nihh , aku still confuse !

IRAMA DAN LAGU

Dari hidup kita bermula kita dah terdedah kepada bunyi-bunyian yang syok dan best didenga. bunyi-bunyian ini dinamakan muzik , kalau ditakrifkan Era muzik tanah air dah lama diperkenalkan bukan sahaja dalam negara malah ade artis kita dah jejakkan kaki dipentas antarabangsa , kan ? dari sekecik-kecik budak , sampai la orang tua semua tau ape itu muzik. setiap muzik itu adalah irama dan sebenarnya ada ' hint ' yang cuba disampaikan kepada kita. bila cakap susah , so dorang senangkan kepada bentuk muzik biar kita senang belajar.

Muzik jugak terdiri daripada berbagai-bagai genre. Ada rock kapak , pop yeh-yeh , etnik malaysia , indie , balada dan so on. bukan setakat tuhh jeh , malah ade jugak lagu untuk negara yang bergenre patriotisme ( kalau tak silap ) dan laguu untuk keagamaan yang bergenre religion. hidup ini memang fun ketika mendengar muzik. bukan sahaja muzik yang jadik ikutan dari zaman ke zaman. malah ' trend ' pemakaian pun turut ditiru oleh segenap manusia di seluruh pelusuk dunia. satu dunia mendengar muzik dalam bahasa dan bangsa sendiri. kalau kat dunia niyh ade lapanratusduapuluh belas billion memang semua dengar muzik dalam bahasa dan etnik sendiri sambil feel. bukan semua orang boleh faham dan feel dengan lirik yang dinyanyikan. yang penting muzik menyatukan segenap manusia dipelusuk dunia !
         

prinsip avril dan gaya manjanya , hai avril !

hai hayley :)

rihanna ngan katty cium justin ? daffuk !
mereka adalah segenap pemuzik yang menyatukan semua orang. avril lavigne , hayley william dan katty perry , aku peminat dorang taww ! sila jangan jelous :)

                                                        ****************************

okayy berbalik kepada cerita tady , setiap muzik pasti ada alatan nya kan ? baik gitar , biola , drum , bass , piano dan banyak lagik laa. schedule pembelajaran muzik masa kita sekolah rendah pon ade ajar kita main rekorder , kalau tak silap nama dia.
         

                

bende tuhh , masa aku sekolah dulu harga dia RM 7 kalau tak silap aku. lupa-lupa ingat laa. sejak dari zaman sekolah aku dah mula pegang alat muzik dan alatan tuh semakin tak bape popular dek pembangunan zaman . sekarang aku pun dah tak pandang bende alah tuh , aku sekarang lebih menjurus kepada gitar. bagi aku , gitar lagik best. nak kata aku pro memang tak laa setakat main pakai hentam boleh laa. tapi dah banyak aku denga dan baca cerita pasal gitar. bila main gitar , dapat awek lawa , body kating , cun-melecun ( kata zack ) lain pulak cerita gitar neh membunuh sebab kalau tali putus kene muka , berdarah tak terkata. okayy , itu semua langsung tak menghalang niat aku nak bermuzik. biarkan aku dipersada muzik sendiri. demi menjulang nama dan bangsa. eh , tetibe plakk !

                                                    ******************************
     
Aku mula dapat pendidikan ber gitar daripada brother-brother tempat aku. ntah macamane boleh datang angin nak belajar main gitar. memula tuh memang susah laa nak main , tapi lastly aku dah ade diperingkat sekarang nihh. terima kasih cikgu ! orang kata kalau berilmu kene amalkan dan kongsi baru cepat pandai. maka hari-hari laa aku main gitar sampai laa satu tahap jari aku kebas dan bengkak akibat penangan gitar tuhh. demi mencapai matlamat , aku ajar bebudak lain iaitu kawan aku main gitar. pandai jeh dorang main gitar , tiap-tiap malam aku dok lepak main gitar. niat hati memang ade nak ke studio jamming. tapi kitorang bukan semua anak orang kaya. so kitorang just main sesuka jehh.

sampai laa , satu masa tuh semua dah bebetul yakin nak ke studio untuk jamming session maka berkumpul la kitorang kat satu tempat yang dijadikan markas rockers-rockers malaya iaitu rumah kawan aku. berbincang laa kitorang untuk mengumpul duit , waktu dan posisi. malam tuhh , waktu dah dapat di cadang. posisi pon dah terancang dengan teratur cuma duit jeh jadik masalah kitorang. bincang punya bincang sampai larut malam maka timbul laa satu idea drastis dan menakjubkan daripada kawan aku.

kutip besi !

masa nih kitorang tak banyak cakap sangat , asalkan duit ape jeh kitorang buat ! tapi takde lah sampai nak merompak weyy. gila laa -.-" tepat pukul 0730 pagi keesokan harinya kitorang pergi ke tempat yang dinamakan sampah ! sumpah sampah mane tak busuk ? demi sebuah matlamat kitorang reramai gagahkan diri nak dapat duit. memang syoru pada waktu pagi , lepas matahari terbit peluh dah mula melecekakkan badan. penat jangan cakap , panas pun ye jugak. tengah hari semua balik dengan hasil yang banyak. nama pon besi , kalau abuk besi bila nak banyak ? ye dakk ! lepas tengah hari kitorang dah tak pergi mencari besi sebab dah makin panas. tak boleh tahan , kitorang kumpulkan semua besi tuhh then kitorang jual. maka dapatlah hasil yang tak berapa berbaloi.

RM25

lepas jual , bincang lagekk lokasi. dah dapat gerak kesana , tempat tak jauh daripada tempat kitorang tinggal tepat pukul 5. masa yang strategik dan sesuai sebab bebudak sebok main bola. maka sejam tuh puasla kitorang merasa gitar elektronik. walaupon sewa ia berbaloi. lepas daripada harituhh , kitorang still carik besi lagikk , kali niyh lagik banyak supaya dapat main lama sikit. kitorang ulang-ulang buat macam gini sampai laa semua kerja. bila semua dah kerja , masa untuk jamming pon dah tak ada sangat. tapi kitorang dapat jugak belajar sikit-sikit bahawa tak mudah nak carik duit. setakat nak beli rokok , isi minyak moto masih boleh paw emakayah. tapi kalau nak buat hal sendiri ? memang tak puas kalau pakai duit mak ayah. semakin lama , langkah kitorang dah lebih jauh dan maju berbanding dulu. dah kerja , dah ade duit dan dah bole beli apa yang kita nakk.

Sejak daripada harituh jugakk aku belajar something bahawa duit yang masuk sangat susah , tapi nak menghabiskan dengan mudah jeh. kalau sendiri still boleh cakap lagik , boleh bangga lagik. tapi kalau duit mak ayah ? tak kesian ke ?

renung-renungkan balik , daripada sembilan bulan sampai harinih dah berapa banyak duit yang makayah korang habiskan. tapi apa balasan korang , apa pulak harapan dorang ? semoga apa yang aku sampaikan hari nih menjadi moral pada korang semua.


P/S : memang seronok jika memiliki duit dan boleh beli segala yang kita nak. tapi lagik seronok kalau memiliki apa yang tak mampu dibeli dengan duit

TEKAK DAH PAHIT !

malam nihh malam senin macambiasa aku bercuti , maka pergi la aku melabuhkan diri ke johorbahru , tak lain tak bukan memang cuti atau off aku akan ke johor. life aku just ade kat sini , singapore cuma kawasan aku mencari rezeki ! malam tuh dah jadi kebiasaan untuk kawan aku ambik aku. hihi , aku dilayan bagaikan raja ! korang mane tau ?

datang laa beberapa orang kawan aku ajak aku melepak bersama , lokasi biasa kitorang melepak tak lain tak bukan kalau kedai mamak kat dahlia ! niat hati nak lepak sekejap sebab semalam pon dah penat kerja. lagipon bukan selalu aku kat jb. nak tanak layan aje laa.setibanya aku disana , kereta yang dipandu kawan aku tadi dah menunjukkan abjad P maknenya kereta dah parking , so aku turun kereta dengan megah dan gagahnya menuju ke meja makan. yang aku rasa tak jauh daripada tangga ! seorang mapley datang seperti datangnya seorang waiter nak ambil order. mungkin dia memang menggalas tugas tuhh !
ditanya berulang kali pon memang mamak tuh tak akan marah. kau gurau laa ngan dia. dia tanya aku nak minum apa. aku yang sedang malas just cakap

' macam biasa ' sebuah nada selamba tanpa kerut-kerut mahupun tanda-tanda bahawa riak kata-kata aku seolah bergurau. gaya serius aku tarik ditahap paling tinggi ! mamak tuhh habis pelik , di panggil pulak kawan dia lagik sorang. sudah -.-" dengan penuh keyakinan dia cakap ,

' lu hari-hari kawan saja ada mari , lu apa minum ? ' tetibe mamak tuh pulak tarik muka ketat seribu bahasa ! sumpah aku terfikir jugak kod-kod kalau aku gurau , ade kene simbah ngan airpanas. maka order laa aku secawan teh o ais bersama 2 keping roti canai bersama kuah dal ! memang itu favourite aku bila ke mamak.kalau ade lebih aku order aisblend. tapi malam tuh tekak aku tak mampu nak terima air bersusu. so aku dan kawan-kawan berborak la macam biasa. status-status facebook yang superduper annoying kadang-kadang masuk dalam topik kitorang.

tak kurang daripada tuh , topik twitter dan gadis-gadis semasa pon ade masuk jugak dalam perbualan kitorang. senang kate ade jehh modal cerita yang kitorang nak cerita. kalau tak bahan kengkawan bahan orang , nasib la sape yang kena. macam tuh la kalau kitorang melepak perangai memasing tak senonoh. ketawe berdekah-dekah ! buat bising macam kedai mamak tuh bapak kitorang punya. selepas beberapa jam melepak suasana semakin meriah sampaikan ade antara dorang yang mula mengajak dan berhajat nak bersnuker bersama. so kitorang pergi la ke ' port ' lain yang tak berapa jauh dekat ngan kedai mamak tuh ! tak lain tak bukan kalau pusat snuker. semua mencari lawan masing-masing. dekat 3 jam jugak bertapa kat dalam snuker tuhh. myrul dah bangga menang sampai kecoh satu snuker tuh dia cerita. kejadah -.-"

lepastuh , aki , syuk ngan syafiq balik awal. aki kerja pagi jaga kedai makayah dia. syuk sekolah. syafiq ? kene la ikot serta kalau nak nak balik naik ape ? memang fun melepak sampaikan aku rasa dekat 3 kotak kitorang bantai encik winston beramai-ramai. ami pulak dah puas kalahkan si myrul. tady bangga sangat menang lawan aki sekarang kecundang dek penangan syami. padan muka !

aktiviti lain , aku , akip ngan adek aku daripada tady duduk menghadap kamera. abes kitorang petik gamba ! macam seorang model plakk , kalau nak berbual artis dalam geng-geng aku memang semua artis kecuali aku. aku assistan chef jehh. setelah semua penad ber snuker tetibe jehh tekak memasing nak merokok. fyi , adek aku memang tak merokok. bia jek laa. ami , aku ngan myrul pakat bedal sorang satu encik winston ! tetibe akif cakap kat myrul ,

' rokok sikit ' jelas terpampang kalau si akif nak isap sikit jeh.

lepastuh entah macamane rokok yang sekotak tady ade pada si ami. dengan selambe ami offer ,

' nah , banyak lagik neh ' kata ami sambil hulur sekotak seperti memberi rasuah kepada akif supaya sedot sorang sebatangg.

' kau tak faham bahasa ke ? aku nak sikit bukan sebatang ! '

tetibe semua terdiam bila akif cakap macamtuhh. daripada riak pecakapan akif memang tade nada bergurau pun. si ami yang kene sound tady muka memang tade perasaan still duduk feel sambil gigit kuku. mengekek aku , putra ngan myrul ketawe !

- cilake , ayat sikit punya marah dia boleh buat selamba. yang best , kalau korang duduk ngan akif jangan la nak membidas. kang ta pepasal kene ayat-ayat gampang ! bebaik :D

FACEBOOK


laman sesawang hari ini telah banyak dicipta hasil jerih payah dan gabungan minda pemaju-pemaju dunia IT untuk memudahkan kita menghubungi rakan-rakan lama tak kira dimana jua anda berada , ia tetap bersama - " DIGI " okayy , sejak dari era kemajuan salah satu laman sesawang yang pernah tercipta adalah myrakan , friendster , myspace , facebook dan twitter. tujuan dy tak lain tak bukan nak kasi lagik senang jadi tak perlu la korang nak cari kawan korang sampai buat iklan segala. kadang-kadang kat laman sesawang jugak orang boleh bercinta , buat-buat cinta , putus cinta dan macam-macam hal boleh jadik. salah satu yang aku pernah denga pasal laman ' punca penceraian ' ape hal sampai boleh cerai ? rileks-rileks , korang sekarang dah boleh bancuh air milo lepastuh ambik biskut cap pingpong untuk layan cerita aku. bila aku tengok balik , zaman sekarang facebook paling banyak user. kan ? yang hot stuff lain , yang artis tiruan nye lain , yang sales-sales pon lain. senang cerita facebook neh macam-macam ade !

semua lapisan masyarakat menggunakan facebook , tak kira bangsa , agama , usia dan jantina memang semua ada dalam facebook. aku pun turut serta dalam beratusribujuta user facebook harinih. aku lupa sejak bila aku join -.-" dalam facebook jugak orang boleh share cerita sedih , ilmu agama , cerita ketawe-ketawe ataupun yang paling nais cerita putus cinta. dunia serba canggih , zaman multimedia supercorridor lagik memudahkan perhubungan korang. memang seronok laa , kalau takat share status , gamba , cerita dah selalu sangat. yang paling best dalam facebook yang aku pernah jumpa status orang tulis macam nih ,

'hai , single here. nak couple satu !'

bila aku tengok balik , wah bukan main senang nak ajak orang couple ? zaman aku bercinta bukan main susah nak usha, jangankan mintak no fon. nak mintak biodata pon 50-50 jeh nak bagi ! kekadang aku terfikir jugak , korang dok order jeh couple. macam tengah lepak kat sebuah kedai korner lot sambil pekik kat tukang masak 'bang ! nasik goreng ayam bungkos satu ! pedas sikit taw '

gampang !
     
                                       **********************************

okay berbalik kepada cerita asal , kat mana tadi ? err , okay still kat sini. tak kemane-mane pon. sebenarnya aku ade ' true story ' nak share kat korang semua. tak lain tak bukan cerita sama jugak pasal fb. cerita nih berlaku sekitar bulan jun 2012. cerita dy macam nihh...

malam tuh dah jadik malam yang biasa pada aku , bila kul 7 aku balik kerja aku mandi dulu lepastuh tegok seven-up setin baru pekena encik winston yang aku rasa hubungan aku dengan dia bagai aur dengan tebing. memang tak boleh terpisah jauh. aishiteru la kate dia.
sementara nak tunggu masuk waktu isyak , aku layan sekeping cerita mengarut ! ntah ape tajuk ngan motif dy buat cerita pon aku tak tau -.-

bila masuk waktu isyak , ngam lepas aku sembayang tiba-tiba hati aku terdetik nak ke cybercafe. haa , for your information , kat singapura nih aku memang takde laptop sendiri. internet dy pon oke laa , kalah jugak laa kalau nak dibandingkan dengan kelajuan internet malaysia. ini fakta ! manakala , cybercafe pulak bertempiaran , bersepah bagai cendawan tumbuh selepas hujan. satu bangunan aku rasa ade 3-4 jugak cybercafe. aku pon tak faham ape modus operandi negara kecik nih buat cybercafe bebanyak. kalau aku tengok balik , kemewahan seorang warga negara singapura , memang dorang tak akan ke cybercafe. laptop baru berapa sangat , ipad baru keluar dah berpusu-pusu orang berator nak beli. bukan takat tuhh , henpon canggih model apple pon harga baru S$ 8xx jeh. semua lapisan masyrakat boleh pakai. bape senang ? tapi ade perkara annoying yang aku tak minat. oke itu nanty aku cerita..

jam kat tangan dah tepat pukul 0900 malam , masa macam ginih aku perhatikan memang ramai laa orang online. hot tak hot berpusu-pusu status dimuatnaik kat newsfeed aku harituh. bila aku perhatikan status-status tuhh rata-rata tengah borak pasal cinta

' hari nih manap belanje saye makan maggi '

' manap , kenape tak balas sms saye ? sampai hati awak ! '

sedikit sebanyak tergambar seperti suasana yang tak ubah dan tak jauh beza seperti dalam novel. yang upload gamba lain , IM lain. malam tuhh mood nak online memang berbunga-bunga. sempat jugak aku layan awek-awek punya status. tapi jawapan yang diberi langsung tak memberi isyarat bahawa mereka sedang boleh diusha ! okayy takpe.
perjalanan mat romeo masih jauh. masih banyak hati sang bunga boleh aku tambat. tengah-tengah aku dok layan sorang awek kotak chat aku berbunyi ' kecingg ! ' hooo , dah ade IM masuk. tengok nama macam kenal. kenal ke tak kenal aku layan macam dah lama kenal. rupanya beliau kawan lama aku , sempat jugak laa kitorang borak-borak manis. dalam hati dah ade terdetik niat tak baik nak mengusha beliau. tetibe ade yang berdiri kat sebelah kanan aku pakai songkok siap ngan tasbih dan jubah cakap ' jangan mat , ini semua dunia '
yang kat sebelah kiri pulak cakap ' nanty terlepas baru tau ' okayy , dedua aku tak layan.

sedang seronok berbual dan bersembang kencang , tiba-tiba dia bertanya something pada aku. seolah-olah mengingatkan aku pada seseorang yang pernah singgah kat hati aku. tak lain tak bukan wanita nih aku pernah minat. banyak jugak yang dy cerita pasal ' awek idaman ' aku nihh. salah satu bab yang memalukan apabila kawan aku nih boley cakap kalau 'awek idaman' dah lama tau kalau aku suka dia. seriously , aku rasa macam malu nak cakap ape-ape. nak tanak aku gagahkan kan jugak mengaku. sebenarnya aku dah lama kawan dengan 'awek idaman' nih. cuma niat hati aku berubah bila kecomelan dia makin terserlah. so aku just harap dia jadik kawan rapat aku. cukup la kan ?

makin lame berborak makin serious babak yang kitorang cerita. aku yang tady duduk bersandar sambil tegok redbull tiba-tiba terbantut bila dia cakap 'awek idaman' aku dah takde. macam nak tersembur redbull yang aku tegok tadi. terkejut bukan kepalang. pelan-pelan mata aku berkaca seolah-olah tak mampu nak terima kenyataan yang tak nyata tuhh. dekat lapanbelas im jugak yang dia hantar baru aku balas. sikit punya panjang dia cerita.

kalau dy dah pergi sekalipon aku masih boleh terima kenyataan tapi yang aku tak boleh nak accept , dy pergi bulan dua. tapi aku tau cerita bulan 6. kenape ? soalan nih bermain-main kat ruang fikiran. in fact , aku memang carik dy , cuba jugak contact dy tapi tak dapat. in my mind just think kalau dy dah lupa kat aku. takpe laa , dy pon manusia dan berhak buat pilihan. tapi dy berlalu pergi macamtuh jehh ? airmata aku dah makin nak menitis lagik banyak. aku tinggalkan redbull bersama sejuta doa untuk 'dia' semoga roh mu dicucuri rahmat ! maafkan segala ape yang pernah aku buat sejak kita kenal. kau tanak aku tau story tapi pepatah dah cakap sepandai-pandai tupai melompat. akhirnya jatuh ke tanah jua. mungkin aku bukan sesape , tapi ! aku adalah orang yang tak akan pernah lupa kat kau. terima kasih kau pernah hadir dalam hidup aku , jadi kawan aku , dan pernah buat aku jatuh cinta. aku hanya mampu hadiahkan kat kau...

AL-FATIHAH....


P/S : hilangnya seorang 'kawan' ibarat hilang sebelah tangan , lukanya masih boleh diubati tapi hilangnya tiada berganti !

CERITA DONGENG

dari zaman kanak-kanak lagik kita dah terdedah kepada cerita karut karya orang lama. asalnya bende nih di ceritakan kepada kanak-kanak zaman tuh dan kemudian diwarisi dari tahun ke tahun , dari zaman ke zaman dan generasi ke generasi lain sampai la hari nih. tujuan cerita ini di buat adalah untuk memberi pengajaran dalam bentuk pembelajaran supaya otak kita berfikir bende yang baik atau erti kata lain kita membaca dan mengambil tindakan setelah kita tahu ' hint ' yang cuba disampaikan.

banyak cerita-cerita yang diwarisi dari zaman ke zaman neh , antara nya kisah gembala kambing dengan serigala , sang kancil dan sang buaya dan banyak lagik kalau aku nak sebut satu-satu memang tak siap la entry nih. seriously ! tapi cerita dongeng banyak jugak yang kita perasan langsung takde moral of the story. kan ? macam story rapunzel , cinderella dan lain-lain lagik. kebanyakan aku dah tak bape nak ingat tajuk dia. tapi kebanyakkan dongeng tuh aku paling minat bila berdongeng dengan DOREMON. korang kenal doremon ? jangan nak kelentong aku kalau tak kenal doremon !
         
                 
tuh dia bukan main comel lagik natang nih ! aku pun pernah jugak terfikir kalau-kalau la aku ade doremon. memang fun gila-gila , sekurang-kurang nya adalah tempat untuk aku mintak tolong. doremon nih lahir kat jepun dan cerita doremon nih pernah jadik salah satu cerita katun favourite aku masa kecik-kecik dulu. kalau nak harapkan kengakawan , memang tak laa. dorang kat malaysia aku kat singapore. silap aribulan dorang datang , aku dah dapat bantuan , lepastuh dorang balik dengan perasaan hampa ! jangan buat macamtuh. kalau aku ade doremon , aku nak jadi nobita. sebab nobita sorang jeh yang ade doremon kan ? untung laa dia !
         
         


kalau banyak macamnih dah tak fun sebab semua orang ade, dah tak best. ape yang sangat pasal doremon korang mesty tau , kan ? salah satu bende best yang ade pade dia adalah poket dia !

taraaa !
 
                                                   



                                     

tuhh dia , dalam poket dia banyak harta bende atau khazanah yang tak ada kat dalam dunia nyata ! antara khazanah yang paling topten adalah !

                                         
 
take-a-copta ! bende neh familiar sebagai kenderaan , so bila aku memiliki neh tak payah sesusah aku tersangkut pada kesesakan lalulintas mahupun roadblock yang seringkali melambatkan aku untuk ke destinasi ! best taww , korang tak payah buat lesen , go memane pon tak perlu ikot arahan lampu jalan ataupun traffic light ! dalam poket dia ade satu lagik bende tiptop yang semua orang nak !
         
                                        

ini ialah pintu ajaib ! kalau ade nih bukan saje boleh keluar negara. siap pakej korang boleh pergi konsert free , tengok wayang free dan macam-macam aktiviti free yang korang boleh buat ! kalau aku , aku nak pergi rumah maria ozawa jeh :D hahaha , jangan ikut aku. dosa ! nnty doremon tak bagi pinjam kat aku lagik , percaye laa !

tapi dalam banyak-banyak barang yang ade dalam poket dia kan ? ade lagik satu barang yang paling rare yang aku suka dan minat !

taraaa !
gamba sekadar hiasan !



laci ajaib ! jika aku memiliki bende alah nih sumpah fun ! sebelum kita masuk dalam laci yang ade msein waktu nehh , ape kate korang amalkan satu bende !
ikat tali keledar anda ! anda mampu mengubahnya :)



bila dah ikat kasi kemas , kasi cantik ! baru kita boleh go ! masih waktu boleh bawak kita kemane jehh ! kita pegi tengok zaman jahil aku kejap :D just nak remind jehh ,


taraaa !




                                     
                             
                                 
                                             
celake ! doremon , kau dah bebetol kasik aku jatuh maket -.-" ini zaman sekolah punye cerita laa. sekarang mane ade macamnih lagik ! cerita sini abis sini okay !

tunjukkan kat dorang yang depan sikit !





taraa !






                       





ahha ! terkenang kejap zaman neh ! tengok tuhh , walaupon singgah aku macam kembali kezaman aku muda-muda pulak ! hahaha

okayy , best ! lagikk please !


taraaa !



taraaa !



taraaaaaaaaaaaa !









                           

err , terus takut aku nak mintak yang seterusnya ! korang suka sangat kan doremon ? ambik laa aku bagi free ! aku takut ~





P/S : bila tiba masanya nanti , kita semua akan pergi dimana kita datang bersama segumpal amalan. dah siap ?

PERPUSTAKAAN

Bermula daripada alam persekolahan perpustakaan sudah diperkenalkan dalam hidup setiap manusia. sesetengah tuh ade jugak yang hanya tau bahawa perpustakaan tuh merupakan lokasi yang strategik untuk belajar. salah satu sebab yang munasabah adalah disitu terdapat banyak sumber rujukan untuk dicari dan dikaji. kalau zaman sekolah , cekgu ajak kesana untuk korang penuhkan dan isi buku nilam dengan cerita fiksyen atau bukan fiksyen. kan ? yang itu aku paling tak minat ! sumpah ~

Diseluruh negeri di malaysia terdapat banyak perpustakaan yang korang tak tau , palilng senang nak jumpa carik kat wikipedia. haha , aku kalau bab menghembus memang pakar ! wenggg ~

zaman sekolah aku dah lama berakhir , tapi aku macam nak kembali ke zaman silam pada tahun 2007. pada zaman neh aku selalu keluar masuk perpustakaan , tanggapan korang mesti aku pelajar yang rajin. kan ? jawapan korang memang langsung tak tepat :P ade hint yang aku nak cerita , tapi sebelum korang masuk perpustakaan kan ? mesti korang perasan something yang terdapat kat situ sebelum masuk atau pun korang tengah duduk.
         
                                 
haha , mende neh memang selalu ada dalam library. bukan ape , tujuan dia tanak korang borak dan sembang kencang masa orang lain tengah fokus mencarik bahan ilmiah.

                                              *********************************

Bermula daripada zaman aku tingkatan 4 lagik perpustakaan neh merupakan tempat aku melepak bersama rakan sekepala ngan aku. bila tiba waktu rehat , aku dan kawan-kawan makan tak banyak sangat lepas makan maka terpampang la wajah aku di perpustakaan. salah satu tujuan aku kesana adalah untuk melepak dan ber-aircon kat dalam tuhh. kelas aku pakai kipas jehh , lepastuh kipas cuma ada kat bahagian tengah kelas. dari depan sampai belakang , aku just kene serpihan angin jeh. panas woi !

bila masuk jeh kat dalam perpustakaan tuh aku dan kengkawan akan mengelibas duduk kat cecelah rak ataupn dalam nama lain , sudut strategik. bila dah dapat , maka permainan bermula. kitorang akan carik segala jenis buku yang kitorang suka baca , salah satu buku tuh adalah buku pasal animal planet. ambik , selak-selak lepastuh tengok gamba. niat nak belaja memang tak ade langsung. so korang jangan tiru gaya jahat aku !

                                         ************************************

selepas bertahun-tahun aku melakukan modus operandi yang sama setiap hari , aku terperasan something. bila aku ada kat library tuh aku akan pandang setiap awek-awek yang datang. hampir semua aku kacau :D nak berbual ' market ' aku ketika masih sekolah memang tak de laa. tapi modus operandi aku adalah meng-usha awek-awek , dah lame single. setiap awek yang aku pandang tak semua memberi respon yang baik kerana mereka punya tujuan lurus. selurus sebuah perjalanan ( tetibe aku rasa macam gagah ) haha !

tapi dalam semua yang aku kacau , ade sorang yang aku usha dan sangkot. sempat jugak aku berkawan , zaman neh aku baru kenal erti ' couple ' mula lah babak drama aku untuk berkenalan lebih rapat dengan beliau. siapakah dia ?

seorang gadis berpakaian kuning , bertudung (memang wajib) dan berkasut hitam dah cukup menggambarkan kalau dia bukan student biasa. kalau bukan student biasa tak lain tak bukan beliau merupakan seorang pengawas sekolah ! haha , jangan memain. kang ke bilik displin dia hantar kau ~ seluruh pelusuk sekolah tau bahawa seorang pengawas bertugas untuk menjaga displin pelajar. aku pulak student yang mempunyai masalah displin. nasib badan kod. stop ! aku lupa nama beliau ialah nursyafiqah. detik-detik perkenalan aku dengan beliau bermula apabila aku usha dia dengan penuh keyakinan dan semangat juang yang tinggi. kalau time neh dia cakap aku kene lari padang aku sanggup buat ! tuhhh dia , romeo pon aku boleh rembat taw time nehh. jangan memain !

zaman perkenalan neh masih lagik orang mintak biodata , so aku mintak biodata dia. kat dalam biodata dia , aku perasan something. dia ada letak fon number. terang-terang respon dia berikan cukup baik masa nih. malam tuh aku terus sms kat dia , dia balas macam biasa. selepas 3 hari perkenalan ayat dan taktik sang romeo dah menjadi. aku mula ber ' couple ' dengan dia. semua kawan-kawan aku dah tau. segan tuh memang ade la , al maklum cinta pertama bual dia !

semakin hari hubungan aku dengan dia semakin rapat sampai la satu masa , dia mintak aku putuskan dia. aku pun tak tahu ape modus operandi dia buat macam tuh masa aku tengah sampai tahap nak berjiwang ! seriously. dalam kepale otak aku just fikir satu bende mungkin tak ade jodoh -.-" selepas hubungan aku dengan dia dah takde ape-ape. aku kembali kepada kehidupan normal sebagai pemuda kakiusha. sampai la aku tamat tingkatan 5. halatuju aku lepas sekolah dah pergi jauh. mungkin aku lupa pada dia dan aku melupakan kisah cinta tuh sejenak , lepas 4 tahun kitorang tak contact antara satu sama lain. hari tuh aku terjumpa dia kat dalam facebook. masa nih aku dah tau apa makna cinta. aku teringat detik-detik lucu sewaktu aku berkenalan dengan dia. aku chat dia macam aku chat dengan orang baru kenal. sampai la satu masa aku tanya kat dia.

" masih ingat saya ? " kata-kata aku cuba meyakinkan bahawa dia tak lupa kat aku.

" tak , sape ek ? " jawab dia selambe , aku mula hiba dan diam seribu makna tanpa ada sikit pon sangsi yang aku lemparkan pada dia.

" cerita lama " getus aku dalam hati.

" awak , saya dah kenal sape awak ! dah lame saya carik awak. awak , saya nak mintak maaf sewaktu zaman perkenalan kita dulu. saya takde niat nak buat awak macam tuh , seriously " tiba-tiba im aku terpampang bende perkataan tuh.

seriously , aku terharu sangat-sangat dia still carik insan useless macam aku. mungkin ade hint atas ape yang berlaku. sampai hari nih aku still contact dia , mungkin satu hari nanty aku akan jadikan dia insan yang bergelar ' isteri ' kalau ade jodoh. aku lupakan kisah lama , kerana zaman tuh adalah zaman belasan tahun. zaman tuh jugak remaja seperti aku memang tak pernah jauh daripada

CINTA MONYET !

sekarang zaman dah berubah , 2 haribulan 9 kang dia nak pergi UPSI untuk kejar cita-cita dia. aku harap dia berjaya. awak , saya doakan kejayaan awak. semoga apa yang saya tulis neh tak akan pernah mengubah perndirian awak untuk kejar cita-cita awak ! saya sesungguhnya rasa sangat beruntung memiliki insan yang tak mengongkong , tak pernah marah-marah dan paling best , awak sangat-sangat memahami saya. terima kasih awak !

kadang-kadang saya tak layan awak , saya tak sms awak , tak jugak call awak. apetah lagik nak ambik detail pasal awak. tapi hari nih saya nak awak tau , kalau saya buat semua tuh supaya saya boleh bagi ruang untuk awak kenal sebuah perkataan yang sering menjadi sebutan.

RINDU

TRAGEDI BELAJAR MEMANDU

setiap orang akan ke sekolah bila ingin belajar , tapi tak semua sekolah mengajar bende yang sama. schedule permarkahan pon lain , kalau zaman aku sekolah rendah dulu dapat C tuh terang-terang ' cukup-cukup makan ' kata dia. tapi bila masuk sekolah menengah , abjad D pon lulus ( kalau tak silap ) sekian lama aku meninggalkan alam persekolahan aku kembali kepada alam pembelajaran , kali nih lebih kondusif -.-" dimana ada ketika bukan sahaja remaja sebaya aku yang datang ke sini , malah ade jugak golongan warga emas yang menikmati pembelajaran yang aku pelajari.Bukan senang nak tengok orang tua belajar , kalau macam aku. masih ade jiwa muda memang harus belajar. begitulah kata orang tua-tua ! tapi aku semakin sedar bahawa aku semakin dimamah usia , masih ade ke ruang untuk aku belajar ? jawapan yang diberikan memang releven ! dan jawapan nya sudah tentu ada , kan ? contohnya , pusat kemahiran , kolej swasta dan university tempatan. itu untuk remaja seumuran aku laa , bagaimana kalau orang-orang tua pulak ? jawapan yang sesuai memang tak ada ! seriously , takkan umur 50an still nak jadi mahasiswa/mahasiswi -.-"
       
                                     ****************************************
   
sewaktu pembelajaran , seorang pelajar haruslah memberi fokus dan patut jugak bagi ' telinga ' bila penerangan diberi , bukan ape , kelak ditanya kang. mengelibas nak carik jawapan ! kah kah kah :D bukan tuh je , selaku pelajar ketrampilan dan penampilan haruslah bergaya seperti officer-officer yang baru abis meeting ! gaya aku seharusnya aku titik beratkan , bukan ape kelak jadi bahan pulak student-student lain !
rambut haruslah pendek , kuku kene potong lepastuh pakai baju t-shirt berkolar dan memakai kasut baru lah nampak macam seorang pelajar terbaik ! baru la orang tengok ada respect , bukan respect ape. sekali imbas mesti dia ingat kita officer ! padahal kita sama level jeh macam diorang :D

dua kali imbas baru aku perasan , belajar memandu je. toksah nak berpenampilan ngeri sangat. panas-panas buta nak pakai kot memang nampak macam kejadah ! ingat kat london ke hape ?

tak boleh blah !
       
                                   ********************************************
         
selepas kemalangan yang menimpa aku , baru lah aku sedar. seperti orang yang terhantuk lepastuh mengelibas tak tentu pasal ! bahawa pemanduan berhemah patut kita utamakan. kenderaan tuh bukan mainan , silap haribulan boleh ' mati katak ' atas jalan. oleh sebab yang demikian aku pergi belajar memandu untuk mendapatkan ' insuran ' jalanraya sebagai pemandu. aku masih trauma lepas eksiden tuh , sakit aku boleh tahan. tapi kalau mati ? free jeh tanpa insurans. amboi , rasa macam tak aku harigai pulak nyawa pinjaman tuhan nih !

aku cukup sebal bila teringat , almaklum jiwa nak rempit memang ada. tapi kalau tiba-tiba terkorban ? fuhh ~ tak terbayang oleh kepale otak aku. bila keluar pakai baju ' branded ' seluar ' branded ' helmet ' branded ' senang cite perfect kelihatan macam seorang orang kaya yang sedang menunggang motosikal ! tapi bila mati kene langgar ? surat khabar pon ' branded ' kadang-kadang plastik hitam ' branded ' tak pon kotak ' branded ' yang digunakan untuk menutupi tubuh badan. kan ?



so , tanpa banyak karenah aku pergi belajar memandu di Akedemi Memandu Mega , Pasir Gudang. sebelum keluar rumah , gaya aku tak ubah seperti student ' politeknik ' nak masuk kelas pagi. hai , ada ciri-ciri seorang pelajar yang terpelajar gituh !

hari tuh , kelas yang akan aku ikuti ialah kelas teori 6jam sebelum memandu. belum layak memandu lagik masa nih sebab kene tahu teori dulu baru boleh memandu. kelas hari tuh pulak diketuai oleh Encik Ramli (kalau tak silap) yang gaya dan perwatakan nya agak menjengkelkan ! nampak lembut tapi garang bukan main ! beliau merupakan seorang guru di Akedemi ni. kalau nak kenal , sila la kesana :)

aku masuk dan duduk tanpa banyak bicara , bukan ape. aku dah tau kelas macam ginih memang menjengkelkan dan jugak membosankan ! langsung tak fun , kata membe aku la. aku port tempat biasa macam zaman sekolah , tepi tingkap bawah kipas. kedudukan ditengah-tengah , bukan ape. aku nak ngelak jugak kalau-kalau aku kene tanye or dia aim aku ke , an ? bila dia masuk suasana yang tadi hingar bingar dah senyap dan sunyi ! wahh , macam malaikat lalu la pulak -.-" dan bermula laa babak yang aku paling tak minat.
   
                             **************************************************
     
dari pukul 9 sampai pukul 10.30 dia mengajar babak pertama tentang pemanduan berhemah , aku pulak asyik berkhemah tanpa perlu berhemah. bosan , ape yang dia terangkan semua masuk kanan keluar kiri , masuk kiri kelua kanan. masuk tetengah ? dah kene sampuk la gituh , langit kat lua semakin panas , aku tak sempat nak sarapan sebab tanak masuk lewat , kang ta memasal kene carut dan kene kenalkan diri. aku nih pemalu sikit :P

nasib baik 1030 dapat jugak aku rehat sejenak , sempat jugak aku bantai sekeping dua roti jala buat alas perut. lepastuh kelas mula balik untuk sesi kedua , keselamatan jalanraya. kali ni aku kene fokus , tadi tak boleh nak fokus sebab cacing-cacing dalam perut aku semua berzanji mintak makanan. ciss ! masuk sesi kedua , langit semakin panas. pelajaran kali nih pon bosan jugak , tapi sku kene fokus supaya aku tak kecundang dijalanraya. sikit-sikit yang dia cakap aku tangkap yang lain orang lain tangkap. kalau aku tangkap semua , mau schumacer aku ajak race ! haha. kadang-kadang aku pandang lua , cuci mata sikit bia tak ngantuk. tapi aku tengok kat lua bahang gilaa ! kalau ade orang jual aiskrim kompem orang tuh balik sebab aiskrim dia mesti cair ! perut pulak dah mintak santapan tengah hari. aisehh -.-" lastly , abis jugak kelas untuk sesi kedua. selamat tak selamat aku pun tak tau. yang penting perut aku selamat , dan tak dimamah bakteria.
       
                                   ********************************************
       
masuk sesi ketiga selepas makan tengah hari semangat aku dah kembali seperti sediakala. yeahh , masa untuk fokus ! kali nih ape yang aku hajati semua berjalan lancar. mana tak , dia ajar bahagian-bahagian kenderaan. terang-terang aku dapat jawab toksah risau ! time nih , konfiden level aku tarik pada paras paling tinggi , duduk bersandar dan tangan berpeluk tubuh seperti seorang professor lagaknya. tiba-tiba , Encik Ramli panggil aku dan bertanya satu bahagian pada kenderaan.

                                             

bahagian yang agak remeh bagi aku terang-terang aku mesti dapat jawab ! aku konfident dan yakin , aku jawab dengan lantang dan kuat bagi semua dengar ,

"... side mirror.." kata aku dengan penuh keyakinan dan jatidiri.

semua orang tepuk tangan sebab jawapan aku bagi tuh betul , macam ape yang aku cakap. kalau part macam ginih tak tau , baik jangan berkereta ! semua orang memuji dan bertepuk tangan untuk aku. huwaa , aku rasa bangga pulak time tuh. kembang jangan cerita laa , tapi Encik Ramli pulak tetibe berubah tak semena-mena. tiba-tiba aku rasa satu hembusan yang dahsyat , lampu kat dalam kelas tuh tiba-tiba mati hidup , mati hidup seperti dalam drama scary movie. aku tengok kat lua , angin kencang , daun terbang-terbang bukan takat tuh jehh. awan hitam dah menyulungi langit pasirgudang , petir sabung menyabung dah cukup menandakan bahawa Encik Ramli tengah marah gilaa. mungkin dia malu sebab aku boleh jawab ? tapi hakikat sebenar , jawapan aku salah ! kata dia , part mana salah pon aku tak tau. atau mungkin dia sengaja nak malukan aku ? Encik Ramli tiba-tiba pulak menjadi Guru Bahasa Melayu dan cakap kat aku ,

".. ini cermin sisi , bukan side mirror ! if u want me to speak english , i can speak but other people will not understand what i'm talking about.." kata beliau ,

lepas pukul 3 petang sesi teori telah tamat dan hari tuh aku baru perasan bahawa ramai orang melayu kita yang merojakkan bahasa sendiri. bahasa melayu di inggeriskan dan bahasa inggeris di sebut tapi tak tau meaning dalam bahasa melayu. aku pernah nampak sebuah iklan kat tibi yang bertulis..

                      BAHASA JIWA BANGSA !