DUNIA , KEMAJUAN DAN PERCINTAAN

Baru-baru nihh , Iphone 5 dah selamat dilancarkan. kalau aku tak story orang ade cakap nanti kalau aku tak ikot perkembangan zaman pulak. macam dah melanggar etika zaman moden pulakk. kang tak memasal aku dijakunkan oleh manusia lain. takpe , aku cuit sikit pasal macintosh neh . aku rasa kelebihan iphone 5 cuma saiz jekk yang berbeza. Daripada function ngan application aku rase same jekk , tak jauh beza. yang aku denga pulak , syarikat Apple nih jelaous sama syarikat samsung sebab diorang boleh keluarkan handphone yang lebih besar screen dy berbanding iphone yang mahal tapi screen sama jekk. bila aku flashback zaman aku tingkatan 5 masa belajar ekonomi dulu , negara yang mengamalkan sistem ekonomi kapitalis memang senang nak maju. salah satu sebabnya , diorang bebas bersaing tanpa ada sebarang cukai dikenakan. Hasil kerajaan berdasarkan saman , daftar (urusan kerajaan) , roadtax , dan memacam lagikk atas dasar mengaut keuntungan. fyi , barang yang dorang jual murah , tapi tax dorang kalau tak silap 7% daripada harga (singapore). sebab tuhh negara dorang senang nak kejar kemajuan. terbayang aku macamane muka CEO samsung kene sesah same CEO Apple sebab orang banyak pakai samsung berbanding Apple. hahaha :D

                                         

yang selamat kita , kat Malaysia walaupon tak semaju negara-negara yang mengamalkan sistem ekonomi kapitalis nih negara kita pon cukup maju , kita pon ade hak dan kebebasan nak pakai ape jename sekalipon dan pengeluar pon bersaing secara adil dan saksama. tanpa perlu saman-menyaman antara satu sama lain ! macam negara kita , dia ade amalkan kebajikan masyarakat , sebab tuhh sesetengah kemudahan ade hak kerajaan. negara dorang ? aku rase takde kodd. semua berbayar , pokai-pokai ! hahaha




                            **********************************


Pada dunia hari nih , berpusu-pusu manusia kejar kemajuan. Tak payah cakap kereta laa , Henpon pon semua dah canggih. semua dah pakai yang ade internet , lelagik remaje-remaje. kalau boleh pakai henpon nak yang semua orang nampak dan kenal. tak cukup denga tuh , harga pon nak berdedai nak branded. aku nampak dahh ! kalau pakai duit sendiri kira okay lagikk. tapi kalau pakai duit makayah ? itu hal korang , aku tak masuk campur. Itu laa style makayah , ape yang sang anak mintak dia bagi jugak. walaupon gaji dia tak cukup dia cukupkan jugak , dia adakan jugak. Tapi anak ? langsung tak kenang. apa yang mak suruh , tak buat. mak marah , merajuk. mak tak bagi duit , tak balik rumah. pukulan duniawi nihh terlalu berat bagi seseorang yang bergelar ibubapa demi anak yang tersayangg. tapi dorang masih kuat nak melalui kehidupan tanpa banyak karenah.

Dah nampak kemajuan , keduniaan semua dah serba-serbi berubah. tak cukup dengan henpon sentuh siap ade internet. lepastuh henpon besar-besar , kalau tepek kat muka membe mau seminggu jugak lepak dalam icu. siap ade pakej , kalau dulu masuk klinik kene sepak same wanita pakai tangan. bekas birat-birat kesan jari dapat dilihat dengan mata kasar. tapi hari nih , kesan birat-birat bekas jari dah tak bape nampak dah. yang nampak logo 'Apple' kat pipi. kene lempang sama ipad. wakaka ! aku tatau laa macamane dahsyat rasanya kalau kene pelempang sama ipad.

cukup laa derita kene pelempang sama wanita , sakitnya sekejap. tapi malunya , makan tahun beb !

disebabkan teknologi dihujung jari , kemajuan tuhh bukan jehh kat dunia nyata. malah dapat di tengok di dunia fantasi. kat sini suka aku nak bahas pasal cinta. perasan tak , zaman bercinta pon dah banyak berubah mengikut arus kemajuan kata nya. cinta dah mula berketurunan , kalau zaman kuno dulu. Cinta pakai surat , banyak tak banyak surat cinta posmen hantar setiap hari. tak cukup dengan surat ade 'love' siap memacam bau. kekonon zaman nih , orang cakap cinta kita suci dan sentiasa mekar semekar wangian yang ade pada surat nih. cara lipat surat pon memacam gaye , kalau penulisan fullspec 2 helai kertas kat belakang siap ade signature sikit punya kreatif. ekekeke , nasib laa aku sempat merasa zaman kuno nihh. tapi tak simpan laa surat , mak aku ade bace. tanpa banyak kata aku terus bakar surat-surat cinta aku. rasanya dalam 30helai jekk kodd surat. zaman ni jugak orang sanggup beratur panjang nak calling awek kat public phone dengan duit syiling. tak cukup dengan tuhhh , setiap khamis sama isnin tunggu abg posmen datang. hahaha , rata-rata surat yang aku dapat semua wangi-wangi dan kreatif-kreatif. paling best kat muka surat belakang siap ade pantun ,

'pecah kace pecah gelas , kalau dah bace harap dibalas'

bumi terus berputar pada paksinya , zaman surat menyurat dah tamat. dah naik kezaman moden. cinta pakai sms , zaman nihh posmen tak bape nak pakai sangat. kebanyakkan posmen hari nih cuma hantar surat-surat kerajaan dan sura-surat syarikat jekk. surat cinta ? sms sudahh. taip-taip lepastuh sendd. zaman moden nehh , dah kantoi kalau lelaki ramai yang playboy , berpoligami dan pasang-pasang awek lain. dan terdengar laa , dia adek angkat kite laa. ekeke , come on laa. aku dah masak sangat dahh , atau ade jawapan lain bila salah send.

tadi kawan pinjam henpon , dia hantar kat awek dia. lepastuh dia cakap ter'hantar' kat awak. sorry ea , hp dia tade kedit tadik.

mujurla awek korang tak dapat no tepon , kalau dapat. perang weyhh perangg ! infact , pada zaman niyh. aku ade simpan sms sorang perempuan , nama dia M (bukan nama sebenar). sms tuhh aku simpan daripada hari pertama dia cakap nak kenal ngan aku , sampai hari aku putus sama dia. kalau tak silap aku , ade 75000 sms dalam henpon tuhh. siap jammed lagekk henpon tuhh. aku rase bebudak aku semua tau kodd. paling best masa aku nak delete semua tuhh. dekat 3 bulan baru dapat terpadam keseluruhan tanpa ada baki yang aku tinggalkan. hahaha , aku hargai dia. Dia perempuan yang paling hebat yang aku pernah kenal ! serius sampai harinih aku masih ingat , siapa dia , bufday date dia. hahaha !
nak kata aku rindu kat dia ? mungkin kodd , tapi dah laa. apehal aku story plakk pasal cinta aku. biar laa rahsia sudah !

back to story , zaman ni korang dapat tengok orang bace sms sambil tersenyum tak pon ketawe kaw-kaw. adess ! zaman cinta nehh jugak boleh katekan hari-hari mengadap henpon. kalau sehari tak pegang henpon boleh mati kutu dibuatnya. senang kata , hari-hari laa nak mengadap henpon. yehaa , aku nampak tuhh semua tuhh. yang paling best mak aku , ntah sape dia sms. tetibe bergolek-golek atas katil lepastu ketawe mengekek-ngekek , macam anak-anak muda sedang bercinta. aku tak suspek ape-ape laa , sebab mak aku selalu sms sama makcik aku. makcik aku plakk , jenis dia rare sikit. mau tak ketawe aku dibuatnya.
zaman macam gini aku dah tak heran kalau-kalau aku nampak wanita jalan sambil bace sms lepastuh senyum.

yang paling tak best zaman sekarang dan dunia percintaan hari ni , aku tak nampak yang romantik , yang sweet pada percintaan sekarang kalau nak dibandingkan dulu. kalau dulu sikit punya susah nak dapatkan couple , ayat nak kene power , sekurang-kurangnye kene modal sikit biar nampak bergaya. baru ade orang pandang katenye , tapi zaman sekarang ?

' single here , nak awek satu !'

gampangggg !

.......
............
..............


                 **************************************************


P/S : makin lame dah makin senang ! carik couple macam order delivery McD.

REMAJA vs CINTA : PART 2

dah beberapa hari aku acses facebook aku tapi tak boleh. mungkin kene hack dengan orang , takpe aku sabar. aku cuba dan terus mencuba tanpa ada sikitpon rasa jemu di wajah aku. kalau ikotkan hati , dah lame aku deacvtived. tapi aku rasa macam aku dah hilang kawan pulak kalau tak berfacebook dan cukup malu laa bagi aku bila tak berfacebook. mau takk , seminggu tak online facebook boleh sengal-sengal ubi dibuatnya. untung laa , tak sengal hati.

mujurlahh adek aku balik kerumah bercuti atas dasar apa cuti diberikan bukan urusan aku mahupun urusan kolej dia. tapi ini semua urusan kerajaan , kan hari MALAYSIA tak kan rakyat malaysia tak dapat cuti ? mane tak hilang adat kemelayuan kalau tak selebret. tanpa banyak kata dan banyak masa , aku capai laptop dan aku online mukabuku , tanpa ragu-2. berkat usaha yang tuhh aku dapat jugak acsess facebook aku ! hahaha. tanpa banyak istilah , aku terus updated status menyatakan maaf atas segala kesulitan.

                                  **************************************

tamat sudah part meluahkan hati , dek mengikutkan hati memang panjang lebar aku story. tapi sabar tuhh nyata memihak kepada aku. kita back to story..

kalau difikirkan balik , manusia dan cinta ibarat kaki sama tangan. kekadang ade jugak kecacatan. kan ? normally , memang tade yang sempurna macam yang dicari , tapi kalau still nak carik 'sempurna' korang boleh pegi kedai runcit jangan lupa , bawak bersama rm10 lepastuh mulakan perbualan rancak korang dengan tuan kedai berdasarkan text aku..

siBoncet : abg , sempurna satu !
Peruncit : mau merah kaa hijau ?
siBoncet : haa , ade kaler ea ? bagi yang hijau je laa. terang sikit , cool plak tuhh.
Peruncit : okayy , rm...
siBoncet : ouhh , ini namanya 'sempurna'   baru laa aku tau !

                                                

dah dapat ? dah kenal ? haa tu dia sempurna , kalau tak caye. boleh pergi memane kedai runcit , kedai mesra atau SevenEleven. mustahil kalau tak dapat barang yang sama macam aku story nehh. daripada aku dapat something kalau cinta tuh tak mencari yang sempurna tapi mencari yang sesuai.

                       
                                        ******************************

masih dalam topik Percintaan , sebelum nehh aku dah story pasal lelaki. tapi tuhh tak semua laa , kalau aku story semua. silap haribulan aku macam jadik batu api plakk sebab galakkan korang benci pada lelaki 'termasuk' aku. haha !

tapi memang seriusly aku nampak tuhh pada lelaki , kalau pada sifat aku. aku tak berani nak menilai. korang sendiri menilai , kalau setakat ayat power-power tuhh memang 'lelaki' la. kalau ayat tak manis ' jangan panggil dia lelaki ' ekeke.

  WANITA DAN SIFAT CINTA.

apabila seorang wanita jatuh cinta , tak mustahil bagi dia untuk memberi apa yang dia ada (rasa sayang ) , apa yang dia miliki (sekeping hati) dan apa yang di kehendaki (tersenyum tiap-2 hari). well , setahu aku laa. wanita akan buat apa saja , dia akan berikan apa saja yang dia mampu , dan dia akan sayang selebih-lebihnya sampai boleh bawak pergi naik KLCc. berape tinggi nilai cinta bagi seorang wanita ?  wanita dicipta dengan penuh kelembutan dan kemanjaan. apabila mereka menyayangi seseorang , dia akan sayang sepenuh hati. tak payah kelentong laa kalau wanita tak bagi sepenuh hati. mungkin aku belum jumpa perempuan yang macamgini. setakat nihh aku dah faham sikit , wanita memang menangis apabila 'putus' cinta. thats mean , hati dia sakit. darimana datang ? korang termenung laa sekejap.

perempuan jugak kucing , perasan tak ape sifat best pada kucing ? tak ? okayy takpe , aku terangkan , kucing suka dimanjakan. suka digurau sendakan dan suka disayangi. begitu jugak wanita. selain daripada tuhh , kucing nehh bersifat setia , korang sepak laa kucing tuhh , korang tampar laa kucing tuhh korang buang laa kucing tuhh. dia tetap akan carik korang. daripada kucing jugak aku perasan kalau cinta ,

cinta adalah perasan tak kisah , sesakit apepon dia buat kita. sedalam mana pon dia lukakan kita , sepedih apapun dia bagi kat kita. dia akan tetap jadik orang yang kita sayang. tak ada yang lain selain dia.

nampak ? aku tak tipu korangg , melainkan 1 perkara. kalau-2 laa wanita korang tuhh 'player' tuhh aku tak berani jamin laa kalau takde perasaan setia yang macam kucing nehh. wanita jugakk tak mintak korang faham dia. aspek nehh aku nampak pada 'kebanyakkan' wanita , sebab dorang tak mintak difahami , just mintak disayangi. cukup laa bagi dy ade perkataan sayang , ada sms , ada panggilan kira ada khabar setiap jam. dah kira 'heaven' gila dah bagi dia. kalau tak caya , cuba korang belek balik. berape sms korang boleh dapat daripada 'awek' korang dalam sejam. dan berape sms yang korang boleh dapat daripada 'pakwe' korang dalam sejam. hahaha !

aspek lain yang ade pada wanita , detail. secara tak langsung laa. apabila wanita tuhh sayang kat seorang lelaki dia tak akan pernah lupa 'tarikh' bila couple , bila bufday bf , bape number ic , no fon ..bla..bla..bla. senang kate semua pasal lelaki dia tangkap dalam seminit dua jekk. sikit punya kacang dia hafal ! tapi kalau korang bagi buku sains atau buku matematik yang dorang tak pernah bukak atau bace. aku berani cakap ! diorang mesty loading.... kih kih kih ! dalam kategori nehh jugak ape kata-kata manis yang kaorang lemparkan dia akan ingat. seriuss !

tapi yang paling rare ade pada sorang wanita adalah perasan cemburu. tak payah cakap korang keluar laa , cukup dia tau ade orang lain talipon korang or ade sms wanita lain. dy punye marah....... haha. sikit pon tak sempat korang nak bidas ! paling best laa , kalau dia tau kat lua korang ade kawan pompuan , lambat balas sms , lambat answe call. dia punye pertanyaan mengalahkan polis yang sedang menemuramah penjenayah beb. dia boleh simpan rasa sayang dia kat seseorang bertahun-tahun. tapi cemburu ? ontime meletup ! silap haribulan perang dunia ketiga.

haa , aku rase tu jek laa aku mampu share. aku rasa banyak , tapi kalau korang tanye InsyaAllah aku boleh jawab. hehehe , daripada percintaan aku jugak aku belajar ,

wanita adalah manusia yang paling hebat menyayangi orang , apabila dia sayang. dia susah nak lepaskan. tapi lelaki adalah orang yang faham makne cinta. kerana cinta adalah satu keadaan untuk kita tengok orang yang kita sayang bahagia. so bila wanita cakap nak putus , cool dan selambe dia cakap okay. sebab ?

P/S : cinta adalah satu keadaan dimana kita melihat orang lain bahagia disaat kita tak mampu membahagiakan dia. jika anda rasa menyintai , faham laa. cinta tuhh tak semestinya memiliki , dan tak selalunya dihargai.

REMAJA vs CINTA

Rona hidup alam remaja memang tak jauh daripada cinta , kawan dan kehidupan. Bukan manusia jehh yang pandai bercinta , haiwan-haiwan pon same. tapi takde laa dorang dok paan, port bawah pokok sambil nangis-nangis. itu jam kalau ade binatang macam gituh orang pertama yang tengok mesti pelik. mane tak , korang bayangkan binatang menangis ! sumpah aku takod. baru nampak muka , belum kes dia punya suara mendayu-dayu tahan sebak. err , sekejap ! ade ke binatang menangis ? okayy karut ! pagi nihh mungkin pagi macam biasa kat rumah. kalau aku off aku biasa akan menghadap laptop sampai pagi. kadang aku baca blog orang , usha status orang , usha gamba orang dan yang paling best , aku edit gamba. walhal bende tuh semua aku boleh buat pada belah pagi. Tapi aku ambik pagi tuhh tidur sekejap semantara tunggu memb ajak melepak.

zasss ! harituhh aku online fesbuk sekejap pada sebelah malam. masa aku online ade beberapa status yang jadik perhatian aku. tajuk memang tak lain dan tak bukan semua pasal cinta , cinta dan cinta. keadaan normal bila korang bukak facebook , ade mase malam tuhh penuh dengan cerita hot drama tibi 'vanila coklat' lepastuh 'tentang dhia' dan macam-macam lagik status yang dimuat naik oleh beberapa orang yang eksaited nak dapat awek/pakwe sempurna macam drama tibi. lahai , longg tuh semua drama. mane ade betol ! serious !

takpe , entry aku kali nih rileks sikit. yang mane antara korang memang ade planning nak bancuh milo or nescafe or hohorlicks. okayy , sila bancuh lebih. Mane tau boleh bagi kat aku sikit. haus jugak menaip entry nihh. tak pe laa , kawan-kawan punya hal aku takde kira sangat. cincai sudah ! okayy , kalau rasa nak makan popcorn korang boleh beli dekat kedai mesra berdekatan itupon kalau kat kedai mesra ade jual. aku kan penah cakap.

kalau bab mengentam memang aku hebat.

hahaha , padan muka !
                                 
                                    *******************************        

okayy aku sambung cerita , bila novel takde cerita kaitan lain melainkan cinta. Dalam episod cinta orang asyik petik nama romeo ngan juliet. aku pon tatau asal daripada mane dorang berdua nihh. kalau name mungkin aku pernah dengar laa , tapi kisah cinta dorang ? aku tak pernah dengar or bace story pasal nihh. serious. Wanita bila ade masalah cinta dorg kebanyakkan akan tulis kat status atau buat satu story yang akan mengkaitkan 'lelaki itu jahat'

splaaassshhhh !

tibe-tibe aku terasa macam ade satu tamparan yang melekat kat pipi aku bila orang cakap macamtuhh. ape modus operandi dorang salahkan lelaki ? selama aku bercinta , memang ade jugak aku buat salah tapi takde laa sampai kene gelar macamtuhh. kalau nak bebual pasal makwe , jangan. aku takut korang tak percaya jeh. kalau aku kira balik daripada zaman sekolah , skandal sekolah , zaman belajar , zaman remaja , dah beratus-ratus mungkin hati yang singgah kat dalam hidup aku. yang tengah happy oke lagik , yang menangis ? okayy , my bad !

kalau cakap pasal perempuan , aku dah pernah couple banyak type of girl. wanita kaya harta tapi tak kaya budi bahasa , wanita cantik tapi liar perangainya , wanita baik pada luaran tapi jahat pada dalaman , wanita yang tak pernah rasa dia wanita (tomboy) dan bla..bla..bla..blaa. banyak sangat ahh. semua tak pernah lama. ade yang lama pon 5 tahun jeh tapi dalam 5 tahun dekat doploh orang jugak skandal.

errrr !

                           ************************************

setiap manusia terlahir dengan sifat dan perangai yang unik. kalau nak carik kesempurnaan tuhh semua drama jehh. dalam dunia semua sama. Dalam episod cinta kita mencari yang 'sesuai' bukan mencari yang 'sempurna' fahamkan bebaik. setiap manusia ade kelebihan dan ade kekurangan memasing. itu laa ciptaan yang Allah berikan. infact dalam dunia takde manusia yang bergelar sempurna. itu fakta yang paling nyata dan fakta yang paling nampak ! semua manusia dicipta dengan kelebihan dan kekurangan.

terlalu banyak kisah-kisah cinta yang aku nampak dan aku rasa. Dan mungkin ada sikit yang korang jadikan pertanyaan tentang lelaki. rileks cool , kita bongkar satu demi satu okayy ! hari niyh kita selongkar sifat cinta seorang lelaki...

LELAKI DAN SIFAT CINTA !

macam yang korang dah ketahui lelaki sangat kaya dengan sifat pantang menyerah. Apabila dia suka dekat gadis tuhh tapi gadis tuh tak bagi respon yang 'meyakinkan' kebiasaanya lelaki akan cuba sampai perempuan tuhh bagi respon yang memboleh diri mereka 'mengusha' sang wanita idaman. Apabila dah dapat , biasanya lelaki memulakan ayat-ayat yang cukup dahsyat. kebanyakkan wanita time niyh akan merasa diri mereka bertuah sebab boyfie dia begitu caring dan sayang kat dorang. hari-hari bergolek-2 atas katil sambil ketawe berdekah-2. kan ? lepas sebulan , dorang dah tak rasa. tau apa sebabnya ? okayy macamgini.

hari-2 korang sms , bergayut , berjenake , bergurau senda dengan segala kemanisan dan korang tak lepas daripada perkataan rindu. contoh paling 'rare'

' b , bby rindu la kat b ' antara sms yang cukup pelik bagi seorang lelaki. kebiasaanya lelaki akan jawab ' same lah , b pon rindu jugak ' dengan nada yang agak meyakinkan. betol tak ? bagi aku lelaki adalah insan yang paling susah nak rasa rindu. bila korang antar sms macamnih setiap hari lelaki makin lama makin hilang daripada sms korang jarang sms , lambat balas laa. kadang ta sms langsung. sebab lelaki buat macam nih lelaki pon nak cuba jugak macamane rasa rindu. apabila lelaki mula nak 'test' feel rindu wanita akan cakap. 'awak dah tak sayang kita' okayy , sebenarnya kaum lelaki niyh mintak masa supaya dia boleh terangkan macamane rasa rindu. korang selalu rasa tapi lelaki ?

selain daripada tuhh , lelaki ada jugak yang tak yakin pada diri sendiri. kebanyakkan daripada dorang akan mintak putus tanpa sebab yang jelas (bagi kaum wanita) kalau korang nak tau , lelaki niyh jenis yang cepat rasa bersalah. bila dia putuskan korang tanpa alasan yang munasabah korang just rileks. bila lelaki ada buat salah kat korang atau dia tak yakin dengan diri sendiri dia akan cakap ' saya bukan lelaki yang baik untuk awak' betol tak ? okayy stay kejap. ini biasa , salah satu sebab lelaki buat macamnih tak lain dan tak bukan dia nak tengok korang happy. mungkin dia rasa dia tak mampu nak bahagiakan korang or buat korang ketawe hari-hari. bukan kah itu salah satu syarat bercinta ?

' bila kita mula rasa cinta , kita bukan hendak memiliki tapi kita nak orang yang kita cintai tuh rasa happy '

bende niyh aku rasa aku tak perlu bgtau , cinta tuh bukan untuk kita miliki tapi untuk kita hargai dan rasai. kebahagiaan adalah kebebasan untuk memilih bukan kita yang buat pilihan.

okayy , lelaki pulak mempunyai mata yang suka melihat 'wanita' lain. aku tak nafikan bende niyh. bg aku itu normal. tapi wanita cakap ? 'curang' ape kes plakk. Allah menciptakan mata untuk melihat semua keindahan dunia dan keindahan ciptaan-Nya. so , bila lelaki pandang awek-awek cantik lalu masa korang tengah dating. korang tak perlu risau , biasanya lelaki cuma akan tengok takde lah sampai feel nak faling in love atau berpoligami. kalau lelaki tak tengok aku suspek lelaki niyh adalah golongan yang 'tak meyakinkan' atau meaning lain gay !

selain tuh , lelaki bila dia bercinta dia tak mintak orang sayang dia gila-gila babeng. dia cuma mintak difahami. ini fakta ! for ur information , lelaki just mintak wanita memahami dia. tuh jeh , apabila wanita faham pada dia , dia akan rasa macam beruntung gegile dan semangat dia lain macam. sumpah ! macam kebanyakkan wanita tak suka bolesepak. tapi lelaki ? bila wanita tak suka bolesepak dan pakwe pulak kakibola jangan kondem dia depan-depan. korang just kasik semangat. macam dalam tournament futsal aku pernah nampak. pakwe main tak bagus mane pon , tapi awek dia bagi semangat dan jerit kat lua macam nak rak ! sampai pakwe dia tuhh macam tak rasa penad !

situasi macam nih..
perlawanan bolasepak 7sebelah. wanita dibawa sebagai teman (nak tunjuk kat membe)

awek : awak , saya tak suka bola sepak !
pakwe : .... (terasa macam dikongkong dan hilang semangat hidup)
awek : awak anta saya balik laa.
pakwe : okayy :(


situasi niyh buat lelaki bosan dan menganggap wanita tak faham langsung dengan hobi dia. tapi situasi niyh pulak ?

awek : awak , game awak pukul berape ? saya tak saba nak tengok awak beraksi ! (walaupon tak suka , dia kalis sebab sayang kat pakwe)
pakwe : sekejap lagi sayang , abis game niyh. (tetibe ayat sweet terpacul)
awek : awak kalau tak buat gol , saya tumbok awak ! ( gurauan yang mencabar kejantanan )
pakwe : kalau saya buat gol ? macamane plak , tak kan saya nak tumbok awak ? tak sweet laa. kate orang 'dayus' gituh. ( membuat tawaran )
awek : awak buat gol , saya kiss awak !
pakwe : okayy :) (dah rasa aura cinta membantu semangat dia)

dapat ? kebanyakkan lelaki akan rasa dunia dia istimewa apabila wanita tuh faham perasaan dia. aku tau memang susah nak faham lelaki. tapi infact , lelaki akan jadik makin sweet bila korang faham cara dan perasaan dia. silap haribulan bende macamgini boleh buat lelaki menangis tau ! jangan memain.

okayy aku rasa entry aku cukup sampai kat sini , mata aku dah cukup rabak menahan sejuk yang mula menusuk liang roma aku daripada tadi. nyamuk kat rumah niyh pon dah mula berlari-berkejaran antara satu sama lain. ubat nyamuk macam tade fungsi kepada beliau untuk meneruskan aktiviti tak sihat menyedut darah bagi membolehkan generasi mereka terlahir. takpe laa , nnty aku sambung bab wanita pulak ! sebarang pertanyaan atau maklumbalas korang boleh kepilkan sebagai komen. kalau rasa private , korang boleh bergerak terus ke facebook aku atau antar jek email dekat johnlabuscooterist@gmail.com
anytime , anywhere ada masa mesty korang dapat feedback secepat mungkin.

kbye :)


p/s : if you're going to tell someone you love them, then better you live up to those words cause love needs to be shown , not said.