Sejarah Mungkin Berulang


cerita ni mungkin dah agak lama aku nak cerita tapi apakan daya , masa tak pernah mengizinkan aku untuk aku cerita apa sebenarnya yang terjadi. Masa tuh , kat singapura hujan lebat tapi tak berapa nak lebat. aku baru je balik naik bas nak menuju ke hostel aku kat starlight terrace. gitu laa nama tempat dia , aku turun agak jauh daripada kawasan rumah sebab jalan kawasan tuu sehala , so aku kene kerah sedikit tenaga berjalan kaki kerumah yang terletak dalam 1km gitu laa. aku pon tak pernah kira bape jauh -.- so ceritanya , aku turun daripada bas , aku biasanya akan jalan kaki lalu depan city square , singapore. harituu hujan turun lebat gilaa. jam kat tangan pulak dah menunjukkan pukul 0645 petang. senang kata dah nak hampir maghrib laa. so , aku jalan sikit , aku berteduh , jalan sikit berteduh sampai laa kat depan city square tuu. bila dah sampai kat city square tuu , aku dah mula pasang niat 'NEKAD' dah mandi dan meredah hujan. bukan jauh pon daripada rumah aku kawan situ. hahaha ! aku berteduh kejap sementara menunggu logo 'greenman' menyala. greenman tu logo untuk pejalan kaki melintas jalan raya. kalau korang tatau , korang boleh servay kat jalan raya , nanti ade logo greenman untuk kita melintas jalan. selang beberapa minit greenman yang aku tunggu tu pon dah muncul dan membolehkan aku melintas jalan. aku mulakan perjalanan yang tak jauh nak melintas tuhh.


                                             


Secara tak sengaja pandangan mata aku terpaku melihat seorang gadis berambut lurus , berbaju mickey mouse dan berkasut converse kuning. Dari cara pemakaian dia seolah-olah mengingatkan aku pada seseorang yang dulu pernah masuk dalam hidup aku. aku mula perhatikan gerak-gerinya. Apabila dia memandang ke Arah aku , aku seolah-olah kaku ! aku belek habis muka dia , memang sebijik macam Arwah ex aku. Hampir 15minit aku terpaku melihat dia , dari cara pemakaian dia , mimik muka dia memang sebijik ! seriously , memang 100% ! mata aku mula berkaca melihat gelagat gadis tersebut.


                                         


Hari pertama aku keluar date dengan arwah , arwah pakai dress yang sebijik macam gitu. even cerita tuh dah lama berlalu , aku terasa macam baru semalam bende tu terjadi. tubuh aku mula lemah , airmata toksah cite laa. nasib baik hari hujan masa tuh. jadi tak bape perasan kalau aku tengah nangis melihat gadis tersebut.
hanya tuhan yang tahu , betapa rindunya aku kat dia. aku seriusly tak boleh lupakan kau , setiap apa yang aku buat. apa yang aku pandang mesti bayang-bayang kau muncul depan aku. aku bukan tak terima hakikat kalau kau dah takde. aku terima dengan hati yang ikhlas. aku sedekah Alfatihah setiap kali bayang-bayang kau muncul dalam fikiran aku.

Segala memori pasal kita dah terkubur dalam memory aku , tapi gadis tu sengaja mainkan semula semuanya.
semua tuhh terjadi tanpa aku minta dan tanpa diduga , mungkin tuhan lebih sayangkan kau. Tapi kenapa aku mesti terima ujian berat macam nih ? saat-saat terakhir kau menikmati dan melihat alam ciptaan tuhan. aku takde kat sisi kau. aku still ingat , aku marah kau sebab kau pernah gurau ngan aku pasal mati.

' awak , kalau awak ade seminit je untuk saya sebelum saya menghembuskan nafas terakhir. awak nak buat ape untuk saya ? '

masa soalan nih kau ajukan kat aku , aku marah kau. aku cakap kat kau , aku tanak kehilangan kau , tapi masa kau sampai tanpa kau cakap ngan aku. aku cukup sedih. aku tak terfikir sikitpun kalau bende tu bebetul terjadi. tapi akhirnya ia terjadi..

harini , aku dah berhenti keje kat singapore. aku harap , aku tak akan jumpa orang yang sama macam aku jumpa kat singapore iaitu orang yang sama wajah , dan gaya macam kau. Aku dah kuburkan semua memory tuhh kat dalam hati aku , aku biarkan rasa sayang aku kat kau bersemadi kat situ.

aku harap , roh kau dicucuri rahmat kat sana. 5kali sehari Alfatihah aku teman kau sebagai tanda sayang aku kat kau bukan memain. aku ikhlas sayangkan kau.

semoga kau tenang kat sana , aku tak akan pernah berhenti mendoakan kau. aku sayang kau ...

AL-FATIHAH ......





p/s : There are songs thats make you sad when you hear them . But it aren't the songs that make you sad , it are people behind the memories.


credit picture : google.com (gambar sekadar hiasan)