DRAMA BERSIRI

zack dan itah merupakan sepasang kekasih yang sangat-sangat sweet. mereka selalu kemane-mane bersama-sama. sampai ada satu ketika zack ke kuala lumpur untuk bertemu kawan lamanya , rahmat tanpa pengetahuan aweknya itah.

zack : ( menghantar sms kepada rahmat ) bro , kawan ondewey nih. maybe dalam 3-4 jam lagik kawan sampai kat pudu. jangan lupa ambik kawan , okayy !

rahmat : ( henpon berdering tanda sms tiba ) okayy , jangan takut , kawan set masa start sekarang.

zack meneruskan perjalanannya menuju ke kuala lumpur. dan pada waktu zack cuba melelapkan mata peha zack digeli-geli oleh something. diraba poket seluarnya , rupanya ada sebuah sms masuk daripada itah

itah : (sms) awak , awak kat mane ? kenape call awak tak dapat ?

zack mengabaikan sms tersebut , setelah hampir sejam perjalanan bas yang dinaiki zack telah tiba di perhentian untuk para penumpang berhenti makan. zack turun daripada bas dan terus menelipon itah.

zack : (oncall) awak , sorry saya tertidur tadi. saya nak pegi KL jumpa kawan lama saya.

itah : awak pegi KL ? dah jalan ke ? kenape tak bgtau saye :(

zack : alah , sekejap jekk , lusa saya balik laa.

itah : saya rindu awak !

zack : okayy , nnty kite jumpe ehh. k lah awak , bas dah nak jalan nih. awak tidur ea , saya tak boleh call dalam bas. nanty kacau orang lain tidur.

itah : okayy sayangg , hati-2 taww. jangan nakal-2

zack meneruskan perjalanan nya menuju ke kuala lumpur , dan tertidur..
apabila tersedar , beliau sudah hampir sampai ke puduraya. Di callnya si rahmat. dan rahmat menjawab panggilan tersebut dengan nada sedikit bergurau.

zack : hallo , kau kat mane ? kawan dah sampai dah niyh !

rahmat : err , sorry bro. kereta kawan abis minyak , tunggu sat ea.

zack : okayy , aku tunggu kat sini.

rahmat : okayy , kejap taw.

zack : tutt tutt tutttt ....

tak sampai seminit rahmat tiba dari belakang. alangkah terkejut si zack melihat si rahmat yang dah berubah semenjak duduk KL

rahmat : kenape kau bro ?

zack : kau dah lain mat ! dah makin hensem.

rahmat : sudah laa , aku tau ayat kau. jum pegi makan , aku belanje kau. aku pon tengah lapa ni.

zack : cantik ahh bro :D

mereka menuju ke kedai makan yang agak pantas iaitu mekdi , setibanya disana dan dah siap order. mereka makan sambil berbual-bual tentang zaman kanak-kanak mereka. sampai ke larut malam. seronoknya mereka berbual sampai awek si zack telipon pon zack tanak angkat.
keesokkan harinya , zack bangun dan hantar sms kat aweknya yang menyatakan dia sedang tidur semalam. si awek marah-marah kat zack. zack membalas sms awek nya dengan sebuah perkataan.

" satu hari nanti saya akan tidur dan tak akan bangun untuk minta maaf kat awak "

si awek marah kat zack kerana dia berkata macamtuh. zack tetap rileks dan cool. kemudiannya , zack meminta rahmat menghantar nya untuk membeli tiket bas dan rahmat bersetuju.
sehari sengah saja zack di kuala lumpur zack puas merayaw di bandaraya ditemani oleh rahmat.
banyak jugak zack shopping. tiba waktu malam , zack pulang ke kampung halamannya dengan menaiki bas. di ucapnya terima kasih banyak kali kepada sirahmat. Rahmat hanya menjawab ' takpe bro , kita kan kawan ' kemudian mereka berpelukan sebelum zack menaiki bas.

setibanya diperhentian lagi , zack menelepon aweknya. dia cakap dia akan tiba dalam pukul 3 pagi. awek nya ajak zack bertemu di taman biasa. zack pon kata okayy. zack menamatkan panggilan seperti biasa kerana bas nak jalan. setibanya di kampung halaman , zack menaiki teksi untuk sampai kerumah , pak cik teksi tersebut juga adalah orang sekampung dengan zack dan mengenakan caj yang lebih murah berbanding teksi lain. biasa lah , sekampung :)
zack pulang dengan sedikit kepenatan diwajahnya biasalah , pergi KL la katekan. setibanya di rumah , zack campak beg dan terus tidur...

apabila matahari mula terpacak didada langit zack bangun dan mandi. zack nak jumpa aweknya pukul 1230 dia bangun dah pukul 1220. zack bangun dengan tenang dan mandi seterusnya bersiap-siap menuju ke taman. setibanya di taman , itah sudah menunggu hampir 20 minit. zack sampai dengan rileks-2 jekk.

itah : awak ! awak selalu lambat ! lame taww saya tunggu kat sini.

zack : ala , semalam saya sampai rumah lewat laa. takpe saya ada nihh untuk awak. taraaaa ! (sambil menghulur teddybear untuk aweknya)

itah : awak memang pandai memujuk :) saya sayang awak !

zack : ala , saya pergi KL takkan saya tak belikan ape-2 hadiah untuk buah hati saya ?

itah : terima kasih awak :)

zack : sama-sama :) ehh , awak saya tak boleh jumpa awak lame sangat. tady mak pesan balik awal sikit ade kerja nak dibuat.

itah : ala , baru sekejap saya jumpa awak. awak dah nak balik ! awak , kalau boleh saya nak setiap masa ngan awak !

zack : saya cuma nak 2 masa jek ngan awak. tak banyak laa macam awak.

itah : mesty awak dah tak sayang saya kan ?

zack : tak la , saya nak masa awak tuhh NOW and FOREVER tuhh je.

itah : tengok tuhh , sweetnye ! sebab tuh saya sayang awak. kenape kelmarin awak cakap macam gituh ? awak mesty nak tinggalkan saya , kan ?

zack : tak laa , semua kan Allah yang tentukan.

itah : okayy , saya faham :(

zack : okay la awak , saya nak kene balik dah nih. nnty mak marah kat saya pulak.

itah : okayy , baik-baik jalan taww !

zack balik dengan tergesa-gesa kerana emak sudah menunggu zack dirumah. zack melakukan kerja yang disuruh emak iaitu menghantarkan pakaian-pakaian yang mak dah jahit. selesai menghantar semuanya , zack pulang ke rumah dan makan. sambil melayan adik-2 nya menonoton cerita kartun. pada malam hari selepas solat isyak , zack sms itah macam biasa sampai larut malam dan zack tertidur. itah tetap menunggu sampai akhirnya itah turut larut dalam mimpi -.-"

keesokkan paginya , itah mengelibas mencarik henpon. tapi tiada sebarang sms pon yang masuk. itah cuma beranggapan kalau zack belum bangun daripada tidur. dia tetap sabar menunggu dengan sejuta kemarahan yang akan dilepaskan kepada zack kerana selalu membuat beliau ternanti-nanti.
setelah hampir petang , itah sudah mula berasa pelik. tak kan tak bangun-bangun lagi ? itah mengambil keputusan untuk menelepon nombor zack. berbunyi tak tak berjawab , itah call lagi. tiba-tiba suara perempuan kedengaran di corong telepon. rupanya emak zack , emak berkata kepada itah.

" itah , zack dah takde " itah seakan tidak faham dengan jawapan yang diberikan. itah tanye lagi kepada emak zack.

" zack pergi mane makcik ? " soal itah hendak tahu kemana zack pergi.

" zack , dah takde. dia meninggal pagi tadi " serta-merta airmata itah mengalir daripada mata.

itah bergegas pergi ke rumah zack untuk menghantar zack ke destinasi terakhir. airmata itah terus berlinangan tanpa henti. di ingat semua kata-kata yang pernah diucap oleh zack

" awak , satu hari nanti Allah akan gantikan seseorang yang lebih baik untuk awak. kalau pon saya ada kat sisi awak time tuh , Allah menentukan segalanya untuk kita "

semenjak zack pergi , itah tak henti-henti mengirimkan Al-fatihah sebagai tanda cintanya kepada zack. Itah sudah mula sedar bahawa zack adalah insan yang menyayanginya kerana Allah. Setiap kali itah teringat kat Zack , itah akan baca Alfatihah itah berharap bahawa Allah akan menempatkan zack di tempatkan bersama orang-orang yang beriman..

p/s : pertemuan pertama diatur indah dengan senyuman manis , perpisahan yang tak terduga , ditemani oleh airmata. kita merancang , Allah menentukan