Sembang Kencang Sama Puan Mak

ini cerita beberapa bulan lepas punya cerita , masa tuhh orang dok pakai topi keledar warna hijau ala-ala leftenan Adnan laa. tapi zaman tuhh dah jauh sangat berlalu dan aku terasa tetibe nak memulakan secara patriotisme. hahaha , sebenarnya aku dah lupa bila tarikh sepatutnya aku kasik tau. tapi aku dah lupa yang penting hari tuhh memang hari offday aku laa. sebelum tuhh , aku nak mintak maaf sangat-sangat sebab baru nak update , aku pon tak perasan kalau masa itu selalu mencemburui aku -.- ehh , tetibe. okayy , kembali ke pangkal cerita :D. macam ginih laa flashback aku masa tuhh..

Pepagi ayam dah berkokok menandakan masuknya waktu untuk matahari muncul menyinari bumi yang memerlukan cahaya. cewahh ! tapi aku sedikitpon tak perasan kalau ayam tuhh sengaja nak berkokok kat sebelah aku. biasalah henpon pon dah ade bunyi ayam so makin dekat lah ayam ngan aku -.- tanpa disedari bunyik ayam tadi tetibe senyap seolah-olah ayam tuhh dah boring ngan aku. akhirnya aku tersedar setelah ayam aku pergi menuju opis beliau. tapi bila aku jengah ke luar tingkap , amboi dah tengah hari siak ! aku cuba check henpon kekalau ade sms-sms or calling daripada Avril or Taylor swift. hahaha :D ternyata takde langsungg. tak pe laa , mungkin aku dah wish gudnite mase diorang call semalam.

Aku bingkas bangun dengan penuh semangat , sambil berjalan menuju ke bilik air. aku gapai kemas tuala aku yang sedang belingkar di atas paku dimana aku gantungkan segala keperluan aku distu. dan aku lilitkan dia ketubuhku yang menggiurkan. biasalah , lelaki tidur mane pakai baju. sengaja nak kasik korang tahu. destinasi aku tersentap apabila ada kelibat lipas kat tuala aku tuhh. cinabeng , dia usha aku atas bawah atas bawah !

' woi ! jangan cuba kau nak memperdaya aku ! aku tak tertarik dengan kau ' marahku tetibe !

' alahai , lain kali jangan la pakai seksi-seksi kalau tanak kene tengok ' jawab beliau secara tak semena-mena.

' dasar napsu haiwan ! ' tetibe aku rasa tak puashati dengan jawapan beliau berikan.

' ehh , aku kan memang haiwan ' lantaran memberikan jawapan yang sekaligus membuatkan aku tetibe marah , beliau lari terkedek-kedek menuju ke bawah katil aku. cilake , berumah tangga laa beliau kat bawah katil aku.

aku gagahkan perjalanan menuju ke bilik air , tanpa disedari puan mak sedang tergolek didepan tibi sambil melelapkan mata. nyeh nyeh nyeh :D mak aku mesti tak perasan kalau aku belum bangun. selepas aku siap mandi , aku pulak yang menggolekkan diri didepan puan mak , biasalah aku nak bermanja. jangan jelous boleh tak ? sambil aku menggolekan diri , sengaja aku nyakat mak aku kerana perut aku dah mula berirama meminta untuk diisi ,

' mak ! tak masak pape kehh nehari ? senang hati telenatang depan tibi ? ' perli aku yang sebenarnya menyakat.

' kau kan assistant cheff , pegilah masak sendiri ! dah tua bangke pon suruh mak kau masakkan ' balas mak aku yang ternyata ayatnya itu memedihkan aku.

' ahh , nak kawin lah macam gini ' tetibe perkataan tuhh terkeluar daripada mulut aku.

serta-merta-harta mak aku terduduk gagah ! nyeh nyeh nyeh , aku sengaja nak suruh dia masak. korang sendiri tau kan kalau seorang mak yang masak memang lain sikit rasa dia. ye dakk ?

' siapa yang nak kawin dengan kau ? ' rupanya duduk gagah dia nak ajak aku berdebat -.- dan bermulah debat aku sama mak aku ketika itu. tibi yang sedang hidup seolah-olah senyap kerana debat dah bermula. btw , ini rancangan keluarga...

aku menjawab soalan puan mak yang dikemukan dengan wajah yang cukup serius..

Aku : alah ramai mak , kang kalau bawak balik suruh mak pilih kang. ade orang kawin 4 macam salih yaakop.

Mak : alah , macam mampu nak kawin banyak *ketawe mengalan*

Aku : ehh , hello taylor swift tuhh tengah buat pasport taww. jangan memain * aku tarik muka serius*

Mak : siapa tuh ?

Aku : hah ! tu lahh , tatau langsung dunia infotainment. hahahaha ! * aku gelak kuat-kuat sampai tetibe kipas terpusing ke arah mak aku *

Mak : ehh , Mak tak layan la infotainment-infotainment nehh.  pe barangg !

Aku : tu lahh , dok rumah layan sinetron , golek-golek sms macam orang muda sambil ketawe-ketawe. masak tanak ! * tetibe aku macam merajuk*

Mak : kau kata nak kawin , kau kawin lah sana. tapi mak ade syarat tok calon kau tuh !

Aku : ape syaratnya ? habaq mai..

Mak : pandai buat kerja mak-mak macam menyapu , memasak , mengemas rumah. bla bla bla bla... tak sombong bla bla bla , terima keluarga kau neh seadanya..bla..bla..bla..

Aku : dah gituh jek ? hahahaha , senang nye ? macam nak bawak 4 calon sekali jalan.

Mak : dan yang paling penting dia seorang perempuan ! *cekak pinggang*

Aku : hah ! kita masih normal laa mak. alahai , masih ade selera dekat perempuan. hahahahahaha. mak tak makan ubat ea ? *sambil gelak macam setan nyakat mak aku*

Mak : mak tengok kat status pesbuk kau tuhh , dah berapa kali kau cerita kau asyik kene ngurat dengan pondan !

Aku : ..............

sampai sekarang aku masih pening hati , Mak aku tuhh buta IT tapi macamane dia boleh tahu cerita pasal pesbuk aku semua segala bagai tuhh ? dan aku rasa , mesti ade link-link terdekat dengan mak aku yang bukak cerita pasal aku kene usha ngan pondan ! padahal pondan tuhh usha aku tak layan pon. grrrr ! dan kalau aku tau sape yang ceritakan pasal status pesbuk aku tuhh , aku nak masukkan katak dalam baju dia !

                     **********************************************************