DUNIA , KEMAJUAN DAN PERCINTAAN

Baru-baru nihh , Iphone 5 dah selamat dilancarkan. kalau aku tak story orang ade cakap nanti kalau aku tak ikot perkembangan zaman pulak. macam dah melanggar etika zaman moden pulakk. kang tak memasal aku dijakunkan oleh manusia lain. takpe , aku cuit sikit pasal macintosh neh . aku rasa kelebihan iphone 5 cuma saiz jekk yang berbeza. Daripada function ngan application aku rase same jekk , tak jauh beza. yang aku denga pulak , syarikat Apple nih jelaous sama syarikat samsung sebab diorang boleh keluarkan handphone yang lebih besar screen dy berbanding iphone yang mahal tapi screen sama jekk. bila aku flashback zaman aku tingkatan 5 masa belajar ekonomi dulu , negara yang mengamalkan sistem ekonomi kapitalis memang senang nak maju. salah satu sebabnya , diorang bebas bersaing tanpa ada sebarang cukai dikenakan. Hasil kerajaan berdasarkan saman , daftar (urusan kerajaan) , roadtax , dan memacam lagikk atas dasar mengaut keuntungan. fyi , barang yang dorang jual murah , tapi tax dorang kalau tak silap 7% daripada harga (singapore). sebab tuhh negara dorang senang nak kejar kemajuan. terbayang aku macamane muka CEO samsung kene sesah same CEO Apple sebab orang banyak pakai samsung berbanding Apple. hahaha :D

                                         

yang selamat kita , kat Malaysia walaupon tak semaju negara-negara yang mengamalkan sistem ekonomi kapitalis nih negara kita pon cukup maju , kita pon ade hak dan kebebasan nak pakai ape jename sekalipon dan pengeluar pon bersaing secara adil dan saksama. tanpa perlu saman-menyaman antara satu sama lain ! macam negara kita , dia ade amalkan kebajikan masyarakat , sebab tuhh sesetengah kemudahan ade hak kerajaan. negara dorang ? aku rase takde kodd. semua berbayar , pokai-pokai ! hahaha




                            **********************************


Pada dunia hari nih , berpusu-pusu manusia kejar kemajuan. Tak payah cakap kereta laa , Henpon pon semua dah canggih. semua dah pakai yang ade internet , lelagik remaje-remaje. kalau boleh pakai henpon nak yang semua orang nampak dan kenal. tak cukup denga tuh , harga pon nak berdedai nak branded. aku nampak dahh ! kalau pakai duit sendiri kira okay lagikk. tapi kalau pakai duit makayah ? itu hal korang , aku tak masuk campur. Itu laa style makayah , ape yang sang anak mintak dia bagi jugak. walaupon gaji dia tak cukup dia cukupkan jugak , dia adakan jugak. Tapi anak ? langsung tak kenang. apa yang mak suruh , tak buat. mak marah , merajuk. mak tak bagi duit , tak balik rumah. pukulan duniawi nihh terlalu berat bagi seseorang yang bergelar ibubapa demi anak yang tersayangg. tapi dorang masih kuat nak melalui kehidupan tanpa banyak karenah.

Dah nampak kemajuan , keduniaan semua dah serba-serbi berubah. tak cukup dengan henpon sentuh siap ade internet. lepastuh henpon besar-besar , kalau tepek kat muka membe mau seminggu jugak lepak dalam icu. siap ade pakej , kalau dulu masuk klinik kene sepak same wanita pakai tangan. bekas birat-birat kesan jari dapat dilihat dengan mata kasar. tapi hari nih , kesan birat-birat bekas jari dah tak bape nampak dah. yang nampak logo 'Apple' kat pipi. kene lempang sama ipad. wakaka ! aku tatau laa macamane dahsyat rasanya kalau kene pelempang sama ipad.

cukup laa derita kene pelempang sama wanita , sakitnya sekejap. tapi malunya , makan tahun beb !

disebabkan teknologi dihujung jari , kemajuan tuhh bukan jehh kat dunia nyata. malah dapat di tengok di dunia fantasi. kat sini suka aku nak bahas pasal cinta. perasan tak , zaman bercinta pon dah banyak berubah mengikut arus kemajuan kata nya. cinta dah mula berketurunan , kalau zaman kuno dulu. Cinta pakai surat , banyak tak banyak surat cinta posmen hantar setiap hari. tak cukup dengan surat ade 'love' siap memacam bau. kekonon zaman nih , orang cakap cinta kita suci dan sentiasa mekar semekar wangian yang ade pada surat nih. cara lipat surat pon memacam gaye , kalau penulisan fullspec 2 helai kertas kat belakang siap ade signature sikit punya kreatif. ekekeke , nasib laa aku sempat merasa zaman kuno nihh. tapi tak simpan laa surat , mak aku ade bace. tanpa banyak kata aku terus bakar surat-surat cinta aku. rasanya dalam 30helai jekk kodd surat. zaman ni jugak orang sanggup beratur panjang nak calling awek kat public phone dengan duit syiling. tak cukup dengan tuhhh , setiap khamis sama isnin tunggu abg posmen datang. hahaha , rata-rata surat yang aku dapat semua wangi-wangi dan kreatif-kreatif. paling best kat muka surat belakang siap ade pantun ,

'pecah kace pecah gelas , kalau dah bace harap dibalas'

bumi terus berputar pada paksinya , zaman surat menyurat dah tamat. dah naik kezaman moden. cinta pakai sms , zaman nihh posmen tak bape nak pakai sangat. kebanyakkan posmen hari nih cuma hantar surat-surat kerajaan dan sura-surat syarikat jekk. surat cinta ? sms sudahh. taip-taip lepastuh sendd. zaman moden nehh , dah kantoi kalau lelaki ramai yang playboy , berpoligami dan pasang-pasang awek lain. dan terdengar laa , dia adek angkat kite laa. ekeke , come on laa. aku dah masak sangat dahh , atau ade jawapan lain bila salah send.

tadi kawan pinjam henpon , dia hantar kat awek dia. lepastuh dia cakap ter'hantar' kat awak. sorry ea , hp dia tade kedit tadik.

mujurla awek korang tak dapat no tepon , kalau dapat. perang weyhh perangg ! infact , pada zaman niyh. aku ade simpan sms sorang perempuan , nama dia M (bukan nama sebenar). sms tuhh aku simpan daripada hari pertama dia cakap nak kenal ngan aku , sampai hari aku putus sama dia. kalau tak silap aku , ade 75000 sms dalam henpon tuhh. siap jammed lagekk henpon tuhh. aku rase bebudak aku semua tau kodd. paling best masa aku nak delete semua tuhh. dekat 3 bulan baru dapat terpadam keseluruhan tanpa ada baki yang aku tinggalkan. hahaha , aku hargai dia. Dia perempuan yang paling hebat yang aku pernah kenal ! serius sampai harinih aku masih ingat , siapa dia , bufday date dia. hahaha !
nak kata aku rindu kat dia ? mungkin kodd , tapi dah laa. apehal aku story plakk pasal cinta aku. biar laa rahsia sudah !

back to story , zaman ni korang dapat tengok orang bace sms sambil tersenyum tak pon ketawe kaw-kaw. adess ! zaman cinta nehh jugak boleh katekan hari-hari mengadap henpon. kalau sehari tak pegang henpon boleh mati kutu dibuatnya. senang kata , hari-hari laa nak mengadap henpon. yehaa , aku nampak tuhh semua tuhh. yang paling best mak aku , ntah sape dia sms. tetibe bergolek-golek atas katil lepastu ketawe mengekek-ngekek , macam anak-anak muda sedang bercinta. aku tak suspek ape-ape laa , sebab mak aku selalu sms sama makcik aku. makcik aku plakk , jenis dia rare sikit. mau tak ketawe aku dibuatnya.
zaman macam gini aku dah tak heran kalau-kalau aku nampak wanita jalan sambil bace sms lepastuh senyum.

yang paling tak best zaman sekarang dan dunia percintaan hari ni , aku tak nampak yang romantik , yang sweet pada percintaan sekarang kalau nak dibandingkan dulu. kalau dulu sikit punya susah nak dapatkan couple , ayat nak kene power , sekurang-kurangnye kene modal sikit biar nampak bergaya. baru ade orang pandang katenye , tapi zaman sekarang ?

' single here , nak awek satu !'

gampangggg !

.......
............
..............


                 **************************************************


P/S : makin lame dah makin senang ! carik couple macam order delivery McD.

No comments: