pap ! tibe-tibe aku dapat rasa aura pelik -.-"
zass , aku tepuk nyamuk tuhh sampai bertempiaran darah aku ! okayy , lagik better daripada aku derma darah. bukan ape , aku fobia dengan jarum suntik ! seriously.
****************************
okayy , masuk bab tadik. nyamuk tuhh sengaja plakk nak masuk dalam cerita aku ! commercial break kate dia. damn ! okayy , daripada darjah satu cikgu selalu tanya kat kita. kita dah besa nak jadik ape. ye dakk ? kita diberi peluang untuk memilih tiga. okayy , tiga sahaja jangan lelebih ! kang tak cukup ruang cikgu nak isi dalam rekod penilaian pelajar sekolah rendah. semasa sang guru bertanya nak jadik ape , aku dengan pantas menjawab askar , chef dan polis. memang laju jekk jawab ! tanpa perlu ade sifat ragu-ragu walau secebis pon.
kalau dulu aku nak jadik askar sebab badan dorang tegap , taff lepastuh diorang nih kuad. nampak gaya pon segak , yang pasti bila aku keluar rumah tanpa pakai baju askar memang akan kelihatan gagah perkasa ! sumpah !
itu salah satu daripada mereka sikit punya gagah kelihatan. pakaian pun dah nampak ade displin. sebenarnya aku paling minat jadik askar sebab badan dorang besar. aku dulu teringin nak gemuk sikit. tapi makan banyak-banyak tetap jugak macam gini ! sampai laa satu masa , kerajaan malaysia panggil aku untuk masuk program latihan khidmat negara. latihan separuh askar , tade laa susah dan berat sangat. best beb ! lepas abis PLKN aku ade apply nak jadik askar , tawaran diterima oleh kerajaan malaysia. tapi , cita-cita aku terhalang oleh orang tua. sayup tak sayup aku redha ! ciss T.T
kemudian aku teruskan kehidupan seperti biasa ! aku pun jugak teringin nak jadik polis. ini semua angkara rancangan televisyen yang cukup popular pada zaman tuhh membuatkan nafsu aku nak jadik polis makin membara.
cerita dia memang best ! aku suka nak jadik polis pulak sebab bila aku keluar semua orang tau bahawa aku adalah seorang polis. ituh jehh , lastly aku kuburkan niat aku nak jadik polis. salah satu sebab aku kuburkan , aku ade apply jugak nak jadik polis , tetengah isik borang kawan aku cakap dia tak lepas sebab kurang ketinggian ! okehh , aku terus buang borang tuhh. makin hampa terasa !
aku semakin malas nak kejar cita-cita aku , aku dah mengaku kalah sekejap. aku pegi carik keje , dapat laa keje sebagai pembantu bahagian dapur. lepak sikit laa kerja , tapi tak pe. still kat dapur ! salah satu sebab aku minat nak jadik cheff , aku nak jadik macam cheff wan ! korang bayangkan lelaki pandai masak ? sikit punya sweet kan ? silap haribulan isteri cakap , abang masak ayang basuh kereta..cat rumah..urus anak..wiring..bla..bla..bla..
tapi aku fikir balik , okayy tak bagus. lelaki adalah orang yang kene pikul tanggungjawab besar sebagai ketua keluarga. bila wanita yang buat kerja nih , kemane kekuatan lelaki ? setakat jadik satu kelebihan jehh.
bila aku fikir balik semua adalah salah aku jugak , tanak belaja bagus-bagus. tak pe laa , aku turut saja kata ayah aku. mungkin ade something yang aku kene belajar ! tak sekarang , akan datangg. mane ade makayah yang nak tengok anak dia susah ?
***************************
tahun duaribudoblas dah menjelma , semakin hari diri aku semakin dimamah usia. dari budak-budak menjadi remaja. dari remaja menjadi dewasa selangkah demi selangkah aku bergerak , syukur alhamdulillah. satu persatu aku belajar. Daripada seorang technician kilang , menjadi assistant cheff. dari malaysia sampai ke perantaun. semua berlaku sekali imbas dan tak ada ulang tayang macam perlawanan bola sepak mahupun sukan sea yang aku rasa banyak part yang diulang-ulang supaya orang nampak !
daripada sekolah rendah semua orang tau kalau aku budak yang sangat degil. tak dengar cakap , kaki sebat , kaki buat masalah. senang citer memang pelajar yang tak berdisplin. aku pun tak tau ape sebab. semua tak boleh nak di undurkan balik. selepas tamat aku menjalani sijil pelajaran malaysia pada tahun 2007 aku mula mengorak langkah mengejar cita-cita yang aku tau tak akan pernah aku dapat kecapi. ia sekadar sebuah mimpi ! aku ditawarkan untuk menjalani program latihan khidmat negara pada tahun 2008 sempat jugak aku kerja. walaupon sekejap orang kata , merasa jugak laa.
tahun 2008 sebuah cerita bermula dari program latihan khidmat negara , sebenarnya aku tak suka nak masuk sini. bencik k bencik ! aku tak suka kene kongkong , paling best ' aku susah nak bangun pepagi ' lepastuh kene duduk berjauhan dengan keluarga. seriously aku memang tak boleh ! sebak gengg ! hari pertama aku dihantar ke PLKN aku dah boleh agak , disitu akan bermula kehidupan aku sebagai pelatih dalam 'penjara' negara. masa pemeriksaan kesihatan pun dah berbagai cara aku kalis supaya aku dikecualikan daripada program haram nih. bagi aku PLKN tak best , memenadkan dan paling aku tak suka hidup dalam penjara. damn ouhh damn !
hari pertama pendaftaran PLKN , askar-askar melayan aku dan semua orang macam pendatang ! dari situ ketidaksukaan aku kepada PLKN makin membuak. hari pertama perkenalan aku dengan kawan-kawan membuat aku kene terima bende nihh walaupon aku benci ! aku kenal dengan kawan baik aku , syed muhammad akasyah. dia budak best , selalu sokong aku , kepale pon same jugak macam aku. lepastuh baru aku kenal yang lain ! hari pertama memang tak best , hari kedua , hari ketiga sampai hari ketujuh aku dah boleh rasa memang cilake ! tapi segalanya berubah pada hari kelapan..
****************************
hari kelapan , perkenalan aku bersama rakan-rakan membuatkan aku semakin hanyut dengan akitiviti yang sedikit membosankan tapi fun. aku kene pergi kelas , masuk hutan , macam-macam jugak yang di ajar kat dalam plkn supaya aku boleh berdikari. dari persahabatan kitorang menjadi keluarga. daripada keluarga baru lah kitorang semua diterapkan ilmu untuk menghargai institusi keluarga. yek laa , kat dalam korang just ade kawan. Dia adek , dia abang , dia akak , dia emak dan dia ayah ! everything laa , senang kata mereka penting kat dalam. Bukan tuhh ajeh , dalam kelas pertama yang kitorang belajar adalah kelas CB. korang tak tau kan ape means dia ? okayy , cb tuhh kelas membina karakter. sebab dia jadik ringkas tuhh ayat bahasa inggeris ' character building ' easy and simple. dalam kelas CB tuhh kita di ajar untuk membina karakter kita sendiri , aku di ajar untuk jadik diri sendiri. kalau rasa jahat , jadik jahat. kalau rasa baik jadik baik. dorang tak marah. memula rasa memang macam bodoh sikit laa. tapi lelame , dah seronok :)
step kedua , kenegaraan. kelas kenegaraan nih merupakan kelas yang seronok daripada korang boleh belaja banyak pasal malaysia. adat istiadat , budaya , agama , cara pemakanan dan jenis-jenis kaum. senang kata semua bab patriotik laa ! semua aku jalani dengan penuh suka duka. memang best laa pada akhirnya pada aku. dulu bagi aku PLKN tuhh cilake , tak best , menyeksa ! tapi lepas menjalani semua aku dapat belajar dan tangkap bahawa PLKN itu sangat fun ! seriously. Yang paling rare , yang tegur mak ayah aku semua kaum hawa jehh. tuhh yang mak ayah aku nampak pasal plkn. lepas tamat program tuhh , kebiasaan aku masa kat dalam kem tuhh terbawak-bawak sampai kerumah. bapak ahh !
seminggu pertama memang sedikit annoying laa ,tapi fun dia memang terasa !
selepas dari pada program tuhh , sedikit sebanyak rona-rona kehidupan aku semakin berubah , plkn dah banyak ubah pemikiran aku , perangai aku , dan ketrampilan aku. semakin hari kehidupan aku bertambah matangg. aku dah boleh berfikir , ape sebab mak ayah aku buat cenggini kat aku. dulu aku rasa kalau mak ayah buat cenggini memang mengongkong. tapi lastly tuhan bagi aku hidayah dan kematangan. Aku ditawarkan ke macam-macam institusi pengajian tinggi swasta untuk aku sambung belajar. tapi semua mak ayah aku cakap , tak payah ! jauh ! mungkin tuhh adalah alasan untuk membuat aku gagal ? aku redha dan pasrah jek masuk pusat kemahiran. lepastuh keluar jadik technician dekat lam soon edible oils. daripada sini nasihat orang lama , nasihat orang biasa , nasihat bos-bos semua dah boleh masuk dan boleh aku fikirkan balik kalau aku tak laksanakan sampailah 2tahun setengah. gaji aku memang sedikit kecik laa masa aku jadi technician niyh. cukup-cukup makan jeh ! lepastuh aku pergi kerja kat luar negara , singapore. aku ditawarkan menjadi asst. chef selangkah kepada cita-cita aku bergelar cheff ! semakin di mamah usia aku semakin berfikiran dewasa dan aku sedar bahawa cita-cita kita semua adalah sama , nak jadik orang yang berguna dan bermanfaat kepada diri sendiri , orang lain dan keluarga.
satu petikan yang aku pernah baca dia tulis.
' bila sampai masa nanti , kita akan tahu erti sebenar kehidupan '
sejak daripada tuhh aku tukar cita-cita aku. aku nak tengok mak ayah aku bahagia kerana aku dapat buat mereka bangga , kalau nak balas jasa memang tak terbalas walaupun nyawa kita gadaikan. percaya la , bila korang dah faham cecepat laa sedar ! jangan nanty menyesal tak sudah.
seperti kata Dr Fadzillah Kamsah :
renung-renungkan dan selamat beramal.
*************************************
No comments:
Post a Comment