TEKAK DAH PAHIT !

malam nihh malam senin macambiasa aku bercuti , maka pergi la aku melabuhkan diri ke johorbahru , tak lain tak bukan memang cuti atau off aku akan ke johor. life aku just ade kat sini , singapore cuma kawasan aku mencari rezeki ! malam tuh dah jadi kebiasaan untuk kawan aku ambik aku. hihi , aku dilayan bagaikan raja ! korang mane tau ?

datang laa beberapa orang kawan aku ajak aku melepak bersama , lokasi biasa kitorang melepak tak lain tak bukan kalau kedai mamak kat dahlia ! niat hati nak lepak sekejap sebab semalam pon dah penat kerja. lagipon bukan selalu aku kat jb. nak tanak layan aje laa.setibanya aku disana , kereta yang dipandu kawan aku tadi dah menunjukkan abjad P maknenya kereta dah parking , so aku turun kereta dengan megah dan gagahnya menuju ke meja makan. yang aku rasa tak jauh daripada tangga ! seorang mapley datang seperti datangnya seorang waiter nak ambil order. mungkin dia memang menggalas tugas tuhh !
ditanya berulang kali pon memang mamak tuh tak akan marah. kau gurau laa ngan dia. dia tanya aku nak minum apa. aku yang sedang malas just cakap

' macam biasa ' sebuah nada selamba tanpa kerut-kerut mahupun tanda-tanda bahawa riak kata-kata aku seolah bergurau. gaya serius aku tarik ditahap paling tinggi ! mamak tuhh habis pelik , di panggil pulak kawan dia lagik sorang. sudah -.-" dengan penuh keyakinan dia cakap ,

' lu hari-hari kawan saja ada mari , lu apa minum ? ' tetibe mamak tuh pulak tarik muka ketat seribu bahasa ! sumpah aku terfikir jugak kod-kod kalau aku gurau , ade kene simbah ngan airpanas. maka order laa aku secawan teh o ais bersama 2 keping roti canai bersama kuah dal ! memang itu favourite aku bila ke mamak.kalau ade lebih aku order aisblend. tapi malam tuh tekak aku tak mampu nak terima air bersusu. so aku dan kawan-kawan berborak la macam biasa. status-status facebook yang superduper annoying kadang-kadang masuk dalam topik kitorang.

tak kurang daripada tuh , topik twitter dan gadis-gadis semasa pon ade masuk jugak dalam perbualan kitorang. senang kate ade jehh modal cerita yang kitorang nak cerita. kalau tak bahan kengkawan bahan orang , nasib la sape yang kena. macam tuh la kalau kitorang melepak perangai memasing tak senonoh. ketawe berdekah-dekah ! buat bising macam kedai mamak tuh bapak kitorang punya. selepas beberapa jam melepak suasana semakin meriah sampaikan ade antara dorang yang mula mengajak dan berhajat nak bersnuker bersama. so kitorang pergi la ke ' port ' lain yang tak berapa jauh dekat ngan kedai mamak tuh ! tak lain tak bukan kalau pusat snuker. semua mencari lawan masing-masing. dekat 3 jam jugak bertapa kat dalam snuker tuhh. myrul dah bangga menang sampai kecoh satu snuker tuh dia cerita. kejadah -.-"

lepastuh , aki , syuk ngan syafiq balik awal. aki kerja pagi jaga kedai makayah dia. syuk sekolah. syafiq ? kene la ikot serta kalau nak nak balik naik ape ? memang fun melepak sampaikan aku rasa dekat 3 kotak kitorang bantai encik winston beramai-ramai. ami pulak dah puas kalahkan si myrul. tady bangga sangat menang lawan aki sekarang kecundang dek penangan syami. padan muka !

aktiviti lain , aku , akip ngan adek aku daripada tady duduk menghadap kamera. abes kitorang petik gamba ! macam seorang model plakk , kalau nak berbual artis dalam geng-geng aku memang semua artis kecuali aku. aku assistan chef jehh. setelah semua penad ber snuker tetibe jehh tekak memasing nak merokok. fyi , adek aku memang tak merokok. bia jek laa. ami , aku ngan myrul pakat bedal sorang satu encik winston ! tetibe akif cakap kat myrul ,

' rokok sikit ' jelas terpampang kalau si akif nak isap sikit jeh.

lepastuh entah macamane rokok yang sekotak tady ade pada si ami. dengan selambe ami offer ,

' nah , banyak lagik neh ' kata ami sambil hulur sekotak seperti memberi rasuah kepada akif supaya sedot sorang sebatangg.

' kau tak faham bahasa ke ? aku nak sikit bukan sebatang ! '

tetibe semua terdiam bila akif cakap macamtuhh. daripada riak pecakapan akif memang tade nada bergurau pun. si ami yang kene sound tady muka memang tade perasaan still duduk feel sambil gigit kuku. mengekek aku , putra ngan myrul ketawe !

- cilake , ayat sikit punya marah dia boleh buat selamba. yang best , kalau korang duduk ngan akif jangan la nak membidas. kang ta pepasal kene ayat-ayat gampang ! bebaik :D

No comments: