IRAMA DAN LAGU

Dari hidup kita bermula kita dah terdedah kepada bunyi-bunyian yang syok dan best didenga. bunyi-bunyian ini dinamakan muzik , kalau ditakrifkan Era muzik tanah air dah lama diperkenalkan bukan sahaja dalam negara malah ade artis kita dah jejakkan kaki dipentas antarabangsa , kan ? dari sekecik-kecik budak , sampai la orang tua semua tau ape itu muzik. setiap muzik itu adalah irama dan sebenarnya ada ' hint ' yang cuba disampaikan kepada kita. bila cakap susah , so dorang senangkan kepada bentuk muzik biar kita senang belajar.

Muzik jugak terdiri daripada berbagai-bagai genre. Ada rock kapak , pop yeh-yeh , etnik malaysia , indie , balada dan so on. bukan setakat tuhh jeh , malah ade jugak lagu untuk negara yang bergenre patriotisme ( kalau tak silap ) dan laguu untuk keagamaan yang bergenre religion. hidup ini memang fun ketika mendengar muzik. bukan sahaja muzik yang jadik ikutan dari zaman ke zaman. malah ' trend ' pemakaian pun turut ditiru oleh segenap manusia di seluruh pelusuk dunia. satu dunia mendengar muzik dalam bahasa dan bangsa sendiri. kalau kat dunia niyh ade lapanratusduapuluh belas billion memang semua dengar muzik dalam bahasa dan etnik sendiri sambil feel. bukan semua orang boleh faham dan feel dengan lirik yang dinyanyikan. yang penting muzik menyatukan segenap manusia dipelusuk dunia !
         

prinsip avril dan gaya manjanya , hai avril !

hai hayley :)

rihanna ngan katty cium justin ? daffuk !
mereka adalah segenap pemuzik yang menyatukan semua orang. avril lavigne , hayley william dan katty perry , aku peminat dorang taww ! sila jangan jelous :)

                                                        ****************************

okayy berbalik kepada cerita tady , setiap muzik pasti ada alatan nya kan ? baik gitar , biola , drum , bass , piano dan banyak lagik laa. schedule pembelajaran muzik masa kita sekolah rendah pon ade ajar kita main rekorder , kalau tak silap nama dia.
         

                

bende tuhh , masa aku sekolah dulu harga dia RM 7 kalau tak silap aku. lupa-lupa ingat laa. sejak dari zaman sekolah aku dah mula pegang alat muzik dan alatan tuh semakin tak bape popular dek pembangunan zaman . sekarang aku pun dah tak pandang bende alah tuh , aku sekarang lebih menjurus kepada gitar. bagi aku , gitar lagik best. nak kata aku pro memang tak laa setakat main pakai hentam boleh laa. tapi dah banyak aku denga dan baca cerita pasal gitar. bila main gitar , dapat awek lawa , body kating , cun-melecun ( kata zack ) lain pulak cerita gitar neh membunuh sebab kalau tali putus kene muka , berdarah tak terkata. okayy , itu semua langsung tak menghalang niat aku nak bermuzik. biarkan aku dipersada muzik sendiri. demi menjulang nama dan bangsa. eh , tetibe plakk !

                                                    ******************************
     
Aku mula dapat pendidikan ber gitar daripada brother-brother tempat aku. ntah macamane boleh datang angin nak belajar main gitar. memula tuh memang susah laa nak main , tapi lastly aku dah ade diperingkat sekarang nihh. terima kasih cikgu ! orang kata kalau berilmu kene amalkan dan kongsi baru cepat pandai. maka hari-hari laa aku main gitar sampai laa satu tahap jari aku kebas dan bengkak akibat penangan gitar tuhh. demi mencapai matlamat , aku ajar bebudak lain iaitu kawan aku main gitar. pandai jeh dorang main gitar , tiap-tiap malam aku dok lepak main gitar. niat hati memang ade nak ke studio jamming. tapi kitorang bukan semua anak orang kaya. so kitorang just main sesuka jehh.

sampai laa , satu masa tuh semua dah bebetul yakin nak ke studio untuk jamming session maka berkumpul la kitorang kat satu tempat yang dijadikan markas rockers-rockers malaya iaitu rumah kawan aku. berbincang laa kitorang untuk mengumpul duit , waktu dan posisi. malam tuhh , waktu dah dapat di cadang. posisi pon dah terancang dengan teratur cuma duit jeh jadik masalah kitorang. bincang punya bincang sampai larut malam maka timbul laa satu idea drastis dan menakjubkan daripada kawan aku.

kutip besi !

masa nih kitorang tak banyak cakap sangat , asalkan duit ape jeh kitorang buat ! tapi takde lah sampai nak merompak weyy. gila laa -.-" tepat pukul 0730 pagi keesokan harinya kitorang pergi ke tempat yang dinamakan sampah ! sumpah sampah mane tak busuk ? demi sebuah matlamat kitorang reramai gagahkan diri nak dapat duit. memang syoru pada waktu pagi , lepas matahari terbit peluh dah mula melecekakkan badan. penat jangan cakap , panas pun ye jugak. tengah hari semua balik dengan hasil yang banyak. nama pon besi , kalau abuk besi bila nak banyak ? ye dakk ! lepas tengah hari kitorang dah tak pergi mencari besi sebab dah makin panas. tak boleh tahan , kitorang kumpulkan semua besi tuhh then kitorang jual. maka dapatlah hasil yang tak berapa berbaloi.

RM25

lepas jual , bincang lagekk lokasi. dah dapat gerak kesana , tempat tak jauh daripada tempat kitorang tinggal tepat pukul 5. masa yang strategik dan sesuai sebab bebudak sebok main bola. maka sejam tuh puasla kitorang merasa gitar elektronik. walaupon sewa ia berbaloi. lepas daripada harituhh , kitorang still carik besi lagikk , kali niyh lagik banyak supaya dapat main lama sikit. kitorang ulang-ulang buat macam gini sampai laa semua kerja. bila semua dah kerja , masa untuk jamming pon dah tak ada sangat. tapi kitorang dapat jugak belajar sikit-sikit bahawa tak mudah nak carik duit. setakat nak beli rokok , isi minyak moto masih boleh paw emakayah. tapi kalau nak buat hal sendiri ? memang tak puas kalau pakai duit mak ayah. semakin lama , langkah kitorang dah lebih jauh dan maju berbanding dulu. dah kerja , dah ade duit dan dah bole beli apa yang kita nakk.

Sejak daripada harituh jugakk aku belajar something bahawa duit yang masuk sangat susah , tapi nak menghabiskan dengan mudah jeh. kalau sendiri still boleh cakap lagik , boleh bangga lagik. tapi kalau duit mak ayah ? tak kesian ke ?

renung-renungkan balik , daripada sembilan bulan sampai harinih dah berapa banyak duit yang makayah korang habiskan. tapi apa balasan korang , apa pulak harapan dorang ? semoga apa yang aku sampaikan hari nih menjadi moral pada korang semua.


P/S : memang seronok jika memiliki duit dan boleh beli segala yang kita nak. tapi lagik seronok kalau memiliki apa yang tak mampu dibeli dengan duit

No comments: