Diseluruh negeri di malaysia terdapat banyak perpustakaan yang korang tak tau , palilng senang nak jumpa carik kat wikipedia. haha , aku kalau bab menghembus memang pakar ! wenggg ~
zaman sekolah aku dah lama berakhir , tapi aku macam nak kembali ke zaman silam pada tahun 2007. pada zaman neh aku selalu keluar masuk perpustakaan , tanggapan korang mesti aku pelajar yang rajin. kan ? jawapan korang memang langsung tak tepat :P ade hint yang aku nak cerita , tapi sebelum korang masuk perpustakaan kan ? mesti korang perasan something yang terdapat kat situ sebelum masuk atau pun korang tengah duduk.
haha , mende neh memang selalu ada dalam library. bukan ape , tujuan dia tanak korang borak dan sembang kencang masa orang lain tengah fokus mencarik bahan ilmiah.
*********************************
Bermula daripada zaman aku tingkatan 4 lagik perpustakaan neh merupakan tempat aku melepak bersama rakan sekepala ngan aku. bila tiba waktu rehat , aku dan kawan-kawan makan tak banyak sangat lepas makan maka terpampang la wajah aku di perpustakaan. salah satu tujuan aku kesana adalah untuk melepak dan ber-aircon kat dalam tuhh. kelas aku pakai kipas jehh , lepastuh kipas cuma ada kat bahagian tengah kelas. dari depan sampai belakang , aku just kene serpihan angin jeh. panas woi !
bila masuk jeh kat dalam perpustakaan tuh aku dan kengkawan akan mengelibas duduk kat cecelah rak ataupn dalam nama lain , sudut strategik. bila dah dapat , maka permainan bermula. kitorang akan carik segala jenis buku yang kitorang suka baca , salah satu buku tuh adalah buku pasal animal planet. ambik , selak-selak lepastuh tengok gamba. niat nak belaja memang tak ade langsung. so korang jangan tiru gaya jahat aku !
************************************
selepas bertahun-tahun aku melakukan modus operandi yang sama setiap hari , aku terperasan something. bila aku ada kat library tuh aku akan pandang setiap awek-awek yang datang. hampir semua aku kacau :D nak berbual ' market ' aku ketika masih sekolah memang tak de laa. tapi modus operandi aku adalah meng-usha awek-awek , dah lame single. setiap awek yang aku pandang tak semua memberi respon yang baik kerana mereka punya tujuan lurus. selurus sebuah perjalanan ( tetibe aku rasa macam gagah ) haha !
tapi dalam semua yang aku kacau , ade sorang yang aku usha dan sangkot. sempat jugak aku berkawan , zaman neh aku baru kenal erti ' couple ' mula lah babak drama aku untuk berkenalan lebih rapat dengan beliau. siapakah dia ?
seorang gadis berpakaian kuning , bertudung (memang wajib) dan berkasut hitam dah cukup menggambarkan kalau dia bukan student biasa. kalau bukan student biasa tak lain tak bukan beliau merupakan seorang pengawas sekolah ! haha , jangan memain. kang ke bilik displin dia hantar kau ~ seluruh pelusuk sekolah tau bahawa seorang pengawas bertugas untuk menjaga displin pelajar. aku pulak student yang mempunyai masalah displin. nasib badan kod. stop ! aku lupa nama beliau ialah nursyafiqah. detik-detik perkenalan aku dengan beliau bermula apabila aku usha dia dengan penuh keyakinan dan semangat juang yang tinggi. kalau time neh dia cakap aku kene lari padang aku sanggup buat ! tuhhh dia , romeo pon aku boleh rembat taw time nehh. jangan memain !
zaman perkenalan neh masih lagik orang mintak biodata , so aku mintak biodata dia. kat dalam biodata dia , aku perasan something. dia ada letak fon number. terang-terang respon dia berikan cukup baik masa nih. malam tuh aku terus sms kat dia , dia balas macam biasa. selepas 3 hari perkenalan ayat dan taktik sang romeo dah menjadi. aku mula ber ' couple ' dengan dia. semua kawan-kawan aku dah tau. segan tuh memang ade la , al maklum cinta pertama bual dia !
semakin hari hubungan aku dengan dia semakin rapat sampai la satu masa , dia mintak aku putuskan dia. aku pun tak tahu ape modus operandi dia buat macam tuh masa aku tengah sampai tahap nak berjiwang ! seriously. dalam kepale otak aku just fikir satu bende mungkin tak ade jodoh -.-" selepas hubungan aku dengan dia dah takde ape-ape. aku kembali kepada kehidupan normal sebagai pemuda kakiusha. sampai la aku tamat tingkatan 5. halatuju aku lepas sekolah dah pergi jauh. mungkin aku lupa pada dia dan aku melupakan kisah cinta tuh sejenak , lepas 4 tahun kitorang tak contact antara satu sama lain. hari tuh aku terjumpa dia kat dalam facebook. masa nih aku dah tau apa makna cinta. aku teringat detik-detik lucu sewaktu aku berkenalan dengan dia. aku chat dia macam aku chat dengan orang baru kenal. sampai la satu masa aku tanya kat dia.
" masih ingat saya ? " kata-kata aku cuba meyakinkan bahawa dia tak lupa kat aku.
" tak , sape ek ? " jawab dia selambe , aku mula hiba dan diam seribu makna tanpa ada sikit pon sangsi yang aku lemparkan pada dia.
" cerita lama " getus aku dalam hati.
" awak , saya dah kenal sape awak ! dah lame saya carik awak. awak , saya nak mintak maaf sewaktu zaman perkenalan kita dulu. saya takde niat nak buat awak macam tuh , seriously " tiba-tiba im aku terpampang bende perkataan tuh.
seriously , aku terharu sangat-sangat dia still carik insan useless macam aku. mungkin ade hint atas ape yang berlaku. sampai hari nih aku still contact dia , mungkin satu hari nanty aku akan jadikan dia insan yang bergelar ' isteri ' kalau ade jodoh. aku lupakan kisah lama , kerana zaman tuh adalah zaman belasan tahun. zaman tuh jugak remaja seperti aku memang tak pernah jauh daripada
CINTA MONYET !
sekarang zaman dah berubah , 2 haribulan 9 kang dia nak pergi UPSI untuk kejar cita-cita dia. aku harap dia berjaya. awak , saya doakan kejayaan awak. semoga apa yang saya tulis neh tak akan pernah mengubah perndirian awak untuk kejar cita-cita awak ! saya sesungguhnya rasa sangat beruntung memiliki insan yang tak mengongkong , tak pernah marah-marah dan paling best , awak sangat-sangat memahami saya. terima kasih awak !
kadang-kadang saya tak layan awak , saya tak sms awak , tak jugak call awak. apetah lagik nak ambik detail pasal awak. tapi hari nih saya nak awak tau , kalau saya buat semua tuh supaya saya boleh bagi ruang untuk awak kenal sebuah perkataan yang sering menjadi sebutan.
kadang-kadang saya tak layan awak , saya tak sms awak , tak jugak call awak. apetah lagik nak ambik detail pasal awak. tapi hari nih saya nak awak tau , kalau saya buat semua tuh supaya saya boleh bagi ruang untuk awak kenal sebuah perkataan yang sering menjadi sebutan.
RINDU
No comments:
Post a Comment