laman sesawang hari ini telah banyak dicipta hasil jerih payah dan gabungan minda pemaju-pemaju dunia IT untuk memudahkan kita menghubungi rakan-rakan lama tak kira dimana jua anda berada , ia tetap bersama - " DIGI " okayy , sejak dari era kemajuan salah satu laman sesawang yang pernah tercipta adalah myrakan , friendster , myspace , facebook dan twitter. tujuan dy tak lain tak bukan nak kasi lagik senang jadi tak perlu la korang nak cari kawan korang sampai buat iklan segala. kadang-kadang kat laman sesawang jugak orang boleh bercinta , buat-buat cinta , putus cinta dan macam-macam hal boleh jadik. salah satu yang aku pernah denga pasal laman ' punca penceraian ' ape hal sampai boleh cerai ? rileks-rileks , korang sekarang dah boleh bancuh air milo lepastuh ambik biskut cap pingpong untuk layan cerita aku. bila aku tengok balik , zaman sekarang facebook paling banyak user. kan ? yang hot stuff lain , yang artis tiruan nye lain , yang sales-sales pon lain. senang cerita facebook neh macam-macam ade !
semua lapisan masyarakat menggunakan facebook , tak kira bangsa , agama , usia dan jantina memang semua ada dalam facebook. aku pun turut serta dalam beratusribujuta user facebook harinih. aku lupa sejak bila aku join -.-" dalam facebook jugak orang boleh share cerita sedih , ilmu agama , cerita ketawe-ketawe ataupun yang paling nais cerita putus cinta. dunia serba canggih , zaman multimedia supercorridor lagik memudahkan perhubungan korang. memang seronok laa , kalau takat share status , gamba , cerita dah selalu sangat. yang paling best dalam facebook yang aku pernah jumpa status orang tulis macam nih ,
'hai , single here. nak couple satu !'
bila aku tengok balik , wah bukan main senang nak ajak orang couple ? zaman aku bercinta bukan main susah nak usha, jangankan mintak no fon. nak mintak biodata pon 50-50 jeh nak bagi ! kekadang aku terfikir jugak , korang dok order jeh couple. macam tengah lepak kat sebuah kedai korner lot sambil pekik kat tukang masak 'bang ! nasik goreng ayam bungkos satu ! pedas sikit taw '
gampang !
**********************************
okay berbalik kepada cerita asal , kat mana tadi ? err , okay still kat sini. tak kemane-mane pon. sebenarnya aku ade ' true story ' nak share kat korang semua. tak lain tak bukan cerita sama jugak pasal fb. cerita nih berlaku sekitar bulan jun 2012. cerita dy macam nihh...
malam tuh dah jadik malam yang biasa pada aku , bila kul 7 aku balik kerja aku mandi dulu lepastuh tegok seven-up setin baru pekena encik winston yang aku rasa hubungan aku dengan dia bagai aur dengan tebing. memang tak boleh terpisah jauh. aishiteru la kate dia.
sementara nak tunggu masuk waktu isyak , aku layan sekeping cerita mengarut ! ntah ape tajuk ngan motif dy buat cerita pon aku tak tau -.-
bila masuk waktu isyak , ngam lepas aku sembayang tiba-tiba hati aku terdetik nak ke cybercafe. haa , for your information , kat singapura nih aku memang takde laptop sendiri. internet dy pon oke laa , kalah jugak laa kalau nak dibandingkan dengan kelajuan internet malaysia. ini fakta ! manakala , cybercafe pulak bertempiaran , bersepah bagai cendawan tumbuh selepas hujan. satu bangunan aku rasa ade 3-4 jugak cybercafe. aku pon tak faham ape modus operandi negara kecik nih buat cybercafe bebanyak. kalau aku tengok balik , kemewahan seorang warga negara singapura , memang dorang tak akan ke cybercafe. laptop baru berapa sangat , ipad baru keluar dah berpusu-pusu orang berator nak beli. bukan takat tuhh , henpon canggih model apple pon harga baru S$ 8xx jeh. semua lapisan masyrakat boleh pakai. bape senang ? tapi ade perkara annoying yang aku tak minat. oke itu nanty aku cerita..
jam kat tangan dah tepat pukul 0900 malam , masa macam ginih aku perhatikan memang ramai laa orang online. hot tak hot berpusu-pusu status dimuatnaik kat newsfeed aku harituh. bila aku perhatikan status-status tuhh rata-rata tengah borak pasal cinta
' hari nih manap belanje saye makan maggi '
' manap , kenape tak balas sms saye ? sampai hati awak ! '
sedikit sebanyak tergambar seperti suasana yang tak ubah dan tak jauh beza seperti dalam novel. yang upload gamba lain , IM lain. malam tuhh mood nak online memang berbunga-bunga. sempat jugak aku layan awek-awek punya status. tapi jawapan yang diberi langsung tak memberi isyarat bahawa mereka sedang boleh diusha ! okayy takpe.
perjalanan mat romeo masih jauh. masih banyak hati sang bunga boleh aku tambat. tengah-tengah aku dok layan sorang awek kotak chat aku berbunyi ' kecingg ! ' hooo , dah ade IM masuk. tengok nama macam kenal. kenal ke tak kenal aku layan macam dah lama kenal. rupanya beliau kawan lama aku , sempat jugak laa kitorang borak-borak manis. dalam hati dah ade terdetik niat tak baik nak mengusha beliau. tetibe ade yang berdiri kat sebelah kanan aku pakai songkok siap ngan tasbih dan jubah cakap ' jangan mat , ini semua dunia '
yang kat sebelah kiri pulak cakap ' nanty terlepas baru tau ' okayy , dedua aku tak layan.
sedang seronok berbual dan bersembang kencang , tiba-tiba dia bertanya something pada aku. seolah-olah mengingatkan aku pada seseorang yang pernah singgah kat hati aku. tak lain tak bukan wanita nih aku pernah minat. banyak jugak yang dy cerita pasal ' awek idaman ' aku nihh. salah satu bab yang memalukan apabila kawan aku nih boley cakap kalau 'awek idaman' dah lama tau kalau aku suka dia. seriously , aku rasa macam malu nak cakap ape-ape. nak tanak aku gagahkan kan jugak mengaku. sebenarnya aku dah lama kawan dengan 'awek idaman' nih. cuma niat hati aku berubah bila kecomelan dia makin terserlah. so aku just harap dia jadik kawan rapat aku. cukup la kan ?
makin lame berborak makin serious babak yang kitorang cerita. aku yang tady duduk bersandar sambil tegok redbull tiba-tiba terbantut bila dia cakap 'awek idaman' aku dah takde. macam nak tersembur redbull yang aku tegok tadi. terkejut bukan kepalang. pelan-pelan mata aku berkaca seolah-olah tak mampu nak terima kenyataan yang tak nyata tuhh. dekat lapanbelas im jugak yang dia hantar baru aku balas. sikit punya panjang dia cerita.
kalau dy dah pergi sekalipon aku masih boleh terima kenyataan tapi yang aku tak boleh nak accept , dy pergi bulan dua. tapi aku tau cerita bulan 6. kenape ? soalan nih bermain-main kat ruang fikiran. in fact , aku memang carik dy , cuba jugak contact dy tapi tak dapat. in my mind just think kalau dy dah lupa kat aku. takpe laa , dy pon manusia dan berhak buat pilihan. tapi dy berlalu pergi macamtuh jehh ? airmata aku dah makin nak menitis lagik banyak. aku tinggalkan redbull bersama sejuta doa untuk 'dia' semoga roh mu dicucuri rahmat ! maafkan segala ape yang pernah aku buat sejak kita kenal. kau tanak aku tau story tapi pepatah dah cakap sepandai-pandai tupai melompat. akhirnya jatuh ke tanah jua. mungkin aku bukan sesape , tapi ! aku adalah orang yang tak akan pernah lupa kat kau. terima kasih kau pernah hadir dalam hidup aku , jadi kawan aku , dan pernah buat aku jatuh cinta. aku hanya mampu hadiahkan kat kau...
AL-FATIHAH....
P/S : hilangnya seorang 'kawan' ibarat hilang sebelah tangan , lukanya masih boleh diubati tapi hilangnya tiada berganti !
No comments:
Post a Comment