****************************************
sewaktu pembelajaran , seorang pelajar haruslah memberi fokus dan patut jugak bagi ' telinga ' bila penerangan diberi , bukan ape , kelak ditanya kang. mengelibas nak carik jawapan ! kah kah kah :D bukan tuh je , selaku pelajar ketrampilan dan penampilan haruslah bergaya seperti officer-officer yang baru abis meeting ! gaya aku seharusnya aku titik beratkan , bukan ape kelak jadi bahan pulak student-student lain !
rambut haruslah pendek , kuku kene potong lepastuh pakai baju t-shirt berkolar dan memakai kasut baru lah nampak macam seorang pelajar terbaik ! baru la orang tengok ada respect , bukan respect ape. sekali imbas mesti dia ingat kita officer ! padahal kita sama level jeh macam diorang :D
dua kali imbas baru aku perasan , belajar memandu je. toksah nak berpenampilan ngeri sangat. panas-panas buta nak pakai kot memang nampak macam kejadah ! ingat kat london ke hape ?
tak boleh blah !
********************************************
selepas kemalangan yang menimpa aku , baru lah aku sedar. seperti orang yang terhantuk lepastuh mengelibas tak tentu pasal ! bahawa pemanduan berhemah patut kita utamakan. kenderaan tuh bukan mainan , silap haribulan boleh ' mati katak ' atas jalan. oleh sebab yang demikian aku pergi belajar memandu untuk mendapatkan ' insuran ' jalanraya sebagai pemandu. aku masih trauma lepas eksiden tuh , sakit aku boleh tahan. tapi kalau mati ? free jeh tanpa insurans. amboi , rasa macam tak aku harigai pulak nyawa pinjaman tuhan nih !
aku cukup sebal bila teringat , almaklum jiwa nak rempit memang ada. tapi kalau tiba-tiba terkorban ? fuhh ~ tak terbayang oleh kepale otak aku. bila keluar pakai baju ' branded ' seluar ' branded ' helmet ' branded ' senang cite perfect kelihatan macam seorang orang kaya yang sedang menunggang motosikal ! tapi bila mati kene langgar ? surat khabar pon ' branded ' kadang-kadang plastik hitam ' branded ' tak pon kotak ' branded ' yang digunakan untuk menutupi tubuh badan. kan ?
so , tanpa banyak karenah aku pergi belajar memandu di Akedemi Memandu Mega , Pasir Gudang. sebelum keluar rumah , gaya aku tak ubah seperti student ' politeknik ' nak masuk kelas pagi. hai , ada ciri-ciri seorang pelajar yang terpelajar gituh !
hari tuh , kelas yang akan aku ikuti ialah kelas teori 6jam sebelum memandu. belum layak memandu lagik masa nih sebab kene tahu teori dulu baru boleh memandu. kelas hari tuh pulak diketuai oleh Encik Ramli (kalau tak silap) yang gaya dan perwatakan nya agak menjengkelkan ! nampak lembut tapi garang bukan main ! beliau merupakan seorang guru di Akedemi ni. kalau nak kenal , sila la kesana :)
aku masuk dan duduk tanpa banyak bicara , bukan ape. aku dah tau kelas macam ginih memang menjengkelkan dan jugak membosankan ! langsung tak fun , kata membe aku la. aku port tempat biasa macam zaman sekolah , tepi tingkap bawah kipas. kedudukan ditengah-tengah , bukan ape. aku nak ngelak jugak kalau-kalau aku kene tanye or dia aim aku ke , an ? bila dia masuk suasana yang tadi hingar bingar dah senyap dan sunyi ! wahh , macam malaikat lalu la pulak -.-" dan bermula laa babak yang aku paling tak minat.
**************************************************
dari pukul 9 sampai pukul 10.30 dia mengajar babak pertama tentang pemanduan berhemah , aku pulak asyik berkhemah tanpa perlu berhemah. bosan , ape yang dia terangkan semua masuk kanan keluar kiri , masuk kiri kelua kanan. masuk tetengah ? dah kene sampuk la gituh , langit kat lua semakin panas , aku tak sempat nak sarapan sebab tanak masuk lewat , kang ta memasal kene carut dan kene kenalkan diri. aku nih pemalu sikit :P
nasib baik 1030 dapat jugak aku rehat sejenak , sempat jugak aku bantai sekeping dua roti jala buat alas perut. lepastuh kelas mula balik untuk sesi kedua , keselamatan jalanraya. kali ni aku kene fokus , tadi tak boleh nak fokus sebab cacing-cacing dalam perut aku semua berzanji mintak makanan. ciss ! masuk sesi kedua , langit semakin panas. pelajaran kali nih pon bosan jugak , tapi sku kene fokus supaya aku tak kecundang dijalanraya. sikit-sikit yang dia cakap aku tangkap yang lain orang lain tangkap. kalau aku tangkap semua , mau schumacer aku ajak race ! haha. kadang-kadang aku pandang lua , cuci mata sikit bia tak ngantuk. tapi aku tengok kat lua bahang gilaa ! kalau ade orang jual aiskrim kompem orang tuh balik sebab aiskrim dia mesti cair ! perut pulak dah mintak santapan tengah hari. aisehh -.-" lastly , abis jugak kelas untuk sesi kedua. selamat tak selamat aku pun tak tau. yang penting perut aku selamat , dan tak dimamah bakteria.
********************************************
masuk sesi ketiga selepas makan tengah hari semangat aku dah kembali seperti sediakala. yeahh , masa untuk fokus ! kali nih ape yang aku hajati semua berjalan lancar. mana tak , dia ajar bahagian-bahagian kenderaan. terang-terang aku dapat jawab toksah risau ! time nih , konfiden level aku tarik pada paras paling tinggi , duduk bersandar dan tangan berpeluk tubuh seperti seorang professor lagaknya. tiba-tiba , Encik Ramli panggil aku dan bertanya satu bahagian pada kenderaan.

bahagian yang agak remeh bagi aku terang-terang aku mesti dapat jawab ! aku konfident dan yakin , aku jawab dengan lantang dan kuat bagi semua dengar ,
"... side mirror.." kata aku dengan penuh keyakinan dan jatidiri.
semua orang tepuk tangan sebab jawapan aku bagi tuh betul , macam ape yang aku cakap. kalau part macam ginih tak tau , baik jangan berkereta ! semua orang memuji dan bertepuk tangan untuk aku. huwaa , aku rasa bangga pulak time tuh. kembang jangan cerita laa , tapi Encik Ramli pulak tetibe berubah tak semena-mena. tiba-tiba aku rasa satu hembusan yang dahsyat , lampu kat dalam kelas tuh tiba-tiba mati hidup , mati hidup seperti dalam drama scary movie. aku tengok kat lua , angin kencang , daun terbang-terbang bukan takat tuh jehh. awan hitam dah menyulungi langit pasirgudang , petir sabung menyabung dah cukup menandakan bahawa Encik Ramli tengah marah gilaa. mungkin dia malu sebab aku boleh jawab ? tapi hakikat sebenar , jawapan aku salah ! kata dia , part mana salah pon aku tak tau. atau mungkin dia sengaja nak malukan aku ? Encik Ramli tiba-tiba pulak menjadi Guru Bahasa Melayu dan cakap kat aku ,
".. ini cermin sisi , bukan side mirror ! if u want me to speak english , i can speak but other people will not understand what i'm talking about.." kata beliau ,
lepas pukul 3 petang sesi teori telah tamat dan hari tuh aku baru perasan bahawa ramai orang melayu kita yang merojakkan bahasa sendiri. bahasa melayu di inggeriskan dan bahasa inggeris di sebut tapi tak tau meaning dalam bahasa melayu. aku pernah nampak sebuah iklan kat tibi yang bertulis..
No comments:
Post a Comment