Pada tahun duaributujuh , kartun spongebob sudah mula menjadi kartun terhangat dipasaran dan dimata bebudak zaman tuhh. aku turut tergolong dalam reramai bebudak tuhh. dari sekecik-kecik budak sampai setua-tua orang , ramai yang dah kenal spongebob. kartun yang dulu dorang tengok serupa macam manusia tapi dijadikan bentuk animasi kepada animasi kartun tapi spongebob pulak hidupan laut yang ade perasaan. ntah laa , aku kalau takat nak pakai hembus memang pro laa. kalau nak kaji memang lame sikit sebab belum dapat lagik sijil pengkaji kartun dan animasi. haha !
hasil daripada kartun-kartun nihh jugak , banyak syarikat pengeluar baju ambik kesempatan untuk keluarkan baju yang ade gamba kartun macam ginih. paling tiptop dan senang nak dapat ! harga pon berpatutan , kira cincai kalau mak bapak belikan untuk anak tak rugi sangat laa. bermacam-macam gaya dan bentuk ada. bukan takat satu kartun jehh , tapi semua kartun ade. time nehh , penjual-penjual baju pon dapat jugak mengaut sedikit sebanyak keuntungan. nampak kan ?
haa , imej kat atas nihh memang jadik bahan tarikan untuk kitorang bahan kawan aku. daripada bentuk hidung memang sama. lembut ? okayy , membe aku tuhh keras. selain daripada tuh , kitorang pon suka gelak time-time cekgu tak ade kat dalam kelas. entah macamane punye cerita tetibe boleh wujud imej squidward kat dalam buku.
jenis kitorang memang student terbaik seluruh negara laa , dimana kitorang akan bawak buku lebih sehelai untuk dijadikan bahan kutukan. teknik kutukan adalah seperti melukis gamba dan letak nama kawan. nasib laa kalau kau kene jadik bahan time tuhh. nak di pendekkan cerita buku tuhh penuh beli lagik buku baru. sikit punya cilake membe-membe aku. yang terbaik , aku selalu wujud dalam watak tuhh. mentang-mentang laa aku tak pandai sangat nak lukis. jadik aku pasrah jek laa. nasib badan !
tapi ade sorang kawan yang selalu membantu , dia lukis lepastuh aku buat text. memang tuh laa kerja harian kitorang. kekadang cekgu duduk mengajar pon kitorang tak belaja stil bahan-membahan antara satu sama lain. ade pulak kawan aku nihh seorang yang sangat tak ada rupa -.-" beliau suka tidur kat dalam kelas. satu hari tuh dia tidur dan kitorang conteng mata dia. korang dapat bayangkan orang berkelip tapi mata tetap nampak macam tak kelip ? okehh , sambil dia tutup mata ade mata palsu hasil lukisan meon ngan amir. mengekek kitorang ketawe kalau tengok dia nihh. tapi kalau bab komputer , toksah kau nak ajar dia. silap haribulan komputer atau laptop korang bole hangg kalau dia nak buat. kira dia neh celik IT laa senang kata.
satu hari tuhh , kelas pendidikan seni yang diajar oleh Puan Maria di ajar didalam kelas seperti biasa. ape sebab dan motif nya aku pun tak tau , biasanya kitorang akan ke bilik seni untuk belajar seni kat sana. tapi hari tuhh lain sikit. Tepat pada masanya , Puan Maria masuk dalam keadaan yang tak berapa nak baik. mungkin jugak badmood , entah laa. dia datang mengajar walaupun daripada muka nya dah nampak angin tak baik dia. tapi kitorang tetap take fun walaupun cekgu tengah marah. kerja-kerja seni di olah seperti biasa oleh pelajar. habis satu kelas dia pusing semata-mata nak tengok hasil seni pelajar kelas tersebut. entah macamane dia boleh berniat nak pandang satu sosok almari buruk yang ade kat belakang kelas kitorang. dalam tuhh penuh dengan sampah jeh padahal ! dia belek-belek abis almari tuhh sampai laa dia terpandang sebuah lukisan karya anak muridnya sendiri iaitu gamba spongebob. dan kat gamba spongebob tuh jugak beliau ade nampak kalau nama aku yang terpampang kat situ. dengan tak semena-mena nama aku di panggil.
sightburn aku ditarik dalam masa yang sama dia bertanya kepada aku.
" kenape awak lukis gamba awak kat sini " getus beliau yang sedang marah ! seakan marahnya beliau kelas tetibe jadik bahangg.
" saya mana tau , bukan saya lukis " aku mempertahankan diri sambil menahan kesakitan yang teramat bila sightburn aku ditarik dengan penuh kegeraman. aku insaf..
" jangan tipu saya ! " semakin marak api kemarahan beliau kepada aku.
aku terdiam seribu bahasa. dihati terlintas , siapa yang nak kutuk diri sendiri ? selepas tamat kelas , kawan-kawan aku ketawe. aku pun turut sama ketawa walaupun dalam hati aku terdetik satu soalan pelik.
ape motif dan modus operandi beliau buat macam gituhh ? ade ke orang yang akan lukis dan kutuk diri sendiri yang serupa dengan spongebob ? sampai hari nihh , aku still confuse !
No comments:
Post a Comment